‘Anda Boleh Ketawa Hari Ni, Saya Akan Ketawa Untuk Beberapa Tahun Lagi’ TMJ Tetap Tenang, Di ‘Bahan’ netlzen

PETALING JAYA – Kemenangan bersejarah pasukan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia menundukkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam pastinya men1ngg4lkan k3san mendalam buat penyokong kedua-dua pasukan.

Walaupun perlawanan sudah berakhir namun drama penyokong kedua-dua pasukan masih berterusan sehingga kini.

Peminat ‘usik’ kekalahan JDT, TMJ beri respon balas

Ada juga penyokong yang mencuri tumpuan apabila sengaja ‘mengusik’ pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter oleh @khairizulfadhli, beliau mentertawakan pasukan k3sayangan TMJ tersebut kerana tewas pada perlawanan itu

Namun, TMJ membalas ciapan pemuda itu dengan penuh ketenangan.

“Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor (TMJ), masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun.

“Allah kurniakan saya dengan empat orang anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini atau sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya, Saya bersyukur kerana diberkati,” katanya di Twitter.

Rata-rata orang ramai men1ngg4lkan pelbagai komen terhadap isu tersebut.

“Sejujurnya, aku memang nak pasukan lain kalahkan JDT, bukan sebab aku b3nci tak suka JDT, tetapi aku ingin pasukan lain naik sejajar kualiti JDT.

“Aku tak suka keputusan yang boleh dijangka, apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan dan para pengadil atas persembahan sangat mendebar dan menghiburkan,” kata @ArnezHamidi.

“Ini namanya ‘koyak’ ‘steady’. Gembira sebab masih kaya berbanding orang lain. Kaya piala maksud saya,” ujar @nacoii. 

 

Kredit: Twitter khairizulfadhli dan TMJ

Sumber: Kosmo Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Anda Boleh Ketawa Hari Ni, Saya Akan Ketawa Untuk Beberapa Tahun Lagi’ TMJ Tetap Tenang, Di ‘Bahan’ netlzen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*