Lihat 8 Transformasi Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.

‘King of Bollywood’, Shah Rukh Khan adalah satu nama yang sememangnya tidak asing lagi bagi peminat industri perfileman Bollywood. Bukan sahaja di India, malah nama ini sangat terkenal di seluruh dunia. Terbaru, Shah Rukh Khan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56.

Shah Rukh Khan senantiasa berjaya mencuri perhatian peminatnya sejak kemunculannya di dalam industri. Sejak remaja lagi, bapa kepada 3 anak ini sudah bekecimpung didalam dunia perfileman Bollywood. Shah Rukh Khan telah membintangi lebih daripada 80 buah filem setakat ini dan tidak hairanlah jika dia digelar ‘King of Bollywood’.

via The Guardian

Setiap filem yang dibintangi olehnya juga sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan sangat popular. Pesonanya dari dulu hingga sekarang sentiasa berjaya mencuri perhatian peminatnya. Walaupun pada usianya kini, auranya tetap umpama ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca, 8 transformasi Shah Rukh Khan dari dulu sampai sekarang yang dapat kami ringkaskan dari pelbagai sumber. Jom kita tengok!

1. Zaman Kanak-Kanak

via indianexpress.com

Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi, India. Dia merupakan anak kepada pasangan Meer Taj Mohammed Khan dan Lateef Fatima Khan. Shah Rukh Khan dibesarkan di kejiranan Rajendra Nagar Delhi dan telah menghabiskan lima tahun pertamanya di Mangalore.

Gambar di atas adalah gambar semasa dia masih kecil. Comel bukan?

2. Zaman Remaja, Kacak Dan Tampan

via Ig

Tidak dapat disangkal lagi, Shah Rukh Khan sememangnya seorang jejaka yang kacak dan tampan dari muda lagi. Oleh sebab itulah, dia selalu berjaya mencvri dan memukau perhatian peminatnya. Segak bukan?

via ig

Shah Rukh Khan pernah menyebut bahawa d1rinya berketurunan separuh Hyderabadan, separuh Pathan dan separuh Kasm1ri.

Dia bukan sahaja kacak dan tampan, malahan dia merupakan seorang selebriti Bollywood yang bermata cantik. Potret zaman remajanya ini jelas menunjukkan tentang itu dan wajahnya juga hampir sama dengan wajah anak sulungnya, Aryan Khan.

3. Awal Kariernya

via MX Player

Shah Rukh Khan memulakan kerjayanya dengan membintangi s1ri televisyen sulungnya yang berjudul ‘Fauji’ pada tahun 1989.

Gambar diatas menunjukkan Shah Rukh Khan sebagai bintang drama tersebut yang memegang watak sebagai Abimanyu Rai.

4. Filem Pertamanya

via Masala!

Shah Rukh Khan memulakan debutnya dalam filem Bollywood pada tahun 1992. Ketika itu, dia membintangi sebuah filem yang berjudul ‘Deewana’. Kemunculannya telah menjadi trend anak muda pada zaman itu.

Berkat penampilan sulungnya itu dalam filem’Deewana’, Shah Rukh Khan telah memenangi anugerah Filmfare buat kali pertamanya. ‘Deewana’ juga menjadi  filem Box office  dan telah menaikkan nama Shah Rukh Khan.

5. Mohabbatein

via 1MDb

Kemunculan Shah Rukh Khan dalam setiap filem yang dibintanginya sentiasa berjaya mencuri perhatian penonton.

Seperti penampilannya dalam filem ‘Mohabbatein’ ini sangat terkesan di hati peminatnya. Sebelum itu, ‘Kuch Kuch Hota Hai’ juga telah menunjukkan pesonanya dan mampu memukau hati setiap yang menonton.

6. Berjanggut

via Tribunestyle.Com

Shah Rukh Khan juga sentiasa memukau peminatnya dengan menampilkan perubahan yang berbeza dari masa ke semasa. Seperti di dalam foto yang kami kongsikan ini, dia tampil segak dengan janggutnya dan mampu mencuri hati peminat.

7. Berkahwin Dan Berkeluarga

via Ig

Pada 25 Oktober 1991, Shah Rukh Khan telah berkahwin dengan penerbit filem dan pereka hiasan dalaman, Gauri Khan dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kini Shah Rukh Khan sedang menikm4ti kehidupan yang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Anak sulungnya, Aryan Khan, anak perempuan keduanya, Suhana Khan dan anak bongsunya, Abram Khan.

8. Gambar Terkini Shah Rukh Khan 

via Ig

Biarpun usianya kini sudah mencecah 50-an, Shah Rukh Khan masih mampu menawan peminatnya dengan penampilannya yang terkini.

Sepanjang kariernya dari dulu hingga sekarang, Shah Rukh Khan juga telah menerima pelbagai anugerah.

Itulah antara beberapa s1ri transformasi Shah Rukh Khan yang dapat kami kongsikan bersama pembaca setia .

Rasanya masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun buat Shah Rukh Khan!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lihat 8 Transformasi Raja Bollywood, Shah Rukh Khan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*