Kereta dinaiki Nike Ardilla ketika kem4lang4n masih disimpan peminat setianya

Jakarta: Walaupun sudah 28 tahun men1ngg4l dunia, namun satu-satunya kenangan ‘harta’ ditinggalkan Allahy4rham penyanyi, Nike Ardilla iaitu kereta jenis Honda Civic Genio masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.

Pengurus kelab peminat Nike Ardilla, Emma Amrin berkata, hingga kini kereta yang dinaiki penyanyi lagu Ku Tak Akan Bersuara itu ketika terbabit dalam kem4lang4n pada 19 Mac 1995 hingga menyebabkan kem4tiannya masih tersimpan rapi.

“Kalau tidak silap saya, Lia membeli kereta itu secara lelong dengan harga Rp100 juta (RM29,285). Itu dulu,” katanya.

Emma berkata, ketika ini keadaan kereta itu tidak baik kerana terdapat bahagian yang ros4k selain tidak boleh bergerak.

“Beginilah bentuk kereta itu sekarang. Mungkin tidak dalam keadaan baik kerana ada bahagian yang rosak. Namun, keadaan luaran kereta ini masih asli seperti dulu. Hanya pintu saja yang diganti kerana dulu pintu asalnya ros4k teruk. Malah, cat kereta juga tidak ditukar dan masih kekal yang asli,” katanya.

“Memang ada ramai yang nak beli kereta ini, tapi terpulanglah kepada Lia untuk menjualnya atau tidak. Dia pernah bergurau dengan saya bahawa dia akan menjual kereta itu jika ada pembeli menawarkan harga Rp10 bilion (RM2.9 juta),” katanya.

Menurut Emma, dia tahu Lia tidak serius untuk menjual kereta itu dan yakin wanita itu akan terus menyimpan kereta milik Allahy4rham itu sebagai koleksi peribadinya yang bermakna.

Nike men1ngg4l dunia ketika berusia 19 tahun selepas terbabit dalam kem4lang4n apabila kereta dinaikinya bertembung dengan kereta lain di Bandung.

Nike men1ngg4l dunia ketika namanya di puncak populariti dan cukup dikenali di Indonesia dan Malaysia.

Sumber : HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kereta dinaiki Nike Ardilla ketika kem4lang4n masih disimpan peminat setianya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*