“Kalau tak sempat, Arif sahaja yang menjadi penyambung hasratnya itu” – M Rajoli Sempat Titip Pesan, Jemaah Kampung Baru Kenal M.Rajoli Siapa

M.Rajoli atau nama sebenar Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain dilahirkan pada 7 April 1945 di Pasir Mas Kelantan. Mempunyai dua orang isteri iaitu Hashimah Md Din dan Hajah Wan Chik Daud. Mereka dikurniakan empat orang anak keseluruhan.

Pada awal 70-an, M. Rajoli pernah belajar agama di Pulau Pinang kemudian ke Pakistan. Semasa berhijrah ke Kuala Lumpur antara pekerjaan yang pernah dilakukan ialah penjaga lif di bangunan UMNO. Pengalaman yang dilalui termasuk pernah meringkuk tiga malam dalam lokap akibat meminjamkan motosikal kepada rakannya seorang kongsi gelap semasa remaja membantu M. Rajoli mengisi lakonannya.

Kerjaya

M. Rajoli mula berlakon apabila ditemui oleh pelakon Ed Osmera tahun 1982. Ketika itu pengarah filem Jins Shamsuddin sedang mencari pelakon yang boleh membaca talkin untuk penggambaran filem Esok Untuk Siapa.

Kemunculan yang kecil itu terus membawa M. Rajoli sebagai pelakon. Filem-filem lain lakonannya ialah Mekanik, m4t1nya Seorang Patriot, Anak Sulung Tujuh Keturunan, Pagar-Pagar Cinta, Diva Popular dan Cicakman. Sementara drama lakonannya yang banyak diperkatakan ialah Rabun arahan Yasmin Ahmad.

Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.

Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi. Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Biarlah diingati sebagai lelaki hidung belang dalam filem dan drama. Biarlah juga dikecam kerana menjadi pemabuk dalam filem asalkan orang tidak akan menemui beliau mabuk di luar filem. Filem adalah realiti yang ditafsirkan tetapi kehidupan di luar filem adalah realiti yang mesti dijaga.

Kita tidak mempunyai banyak pelakon yang berwibawa. Yang banyak adalah pembaca skrip. Kepulangan M. Rajoli mengurangkan seorang pelakon kita yang berwibawa walau sekecil mana sekalipun wataknya, watak itu hidup di ingatan penonton. Misalnya watak tukang kebun tua dalam drama Tanah Kubur yang kecil melayakkan M. Rajoli dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin.

“allahy4rham seorang yang suka buat lawak tetapi pelakon-pelakon lain sangat hormat kerana dalam lawak allahy4rham selalu selitkan pesan dan nasihat,” kata Zulkifli Ismail yang beberapa kali berlakon dengan M. Rajoli.

Imam Besar Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur

Liku hidup yang penuh warna-warni itu menjadikan M. Rajoli sentiasa sedar. Kerana sedar, sepanjang menjadi selebriti yang sentiasa disinari kemilau M. Rajoli tidak pernah tersasar.

M.Rajoli juga seorang Imam Besar Masjid Kampung Baru, dan ramai nak mengetahui, yang mengetuai bacaan talkin semasa pengebumian allahy4rham Tan Sri P.Ramlee pada 29 Mei 1973 adalah M.Rajoli sendiri.

Hari-Hari Sakit Kepala

Dalam permainan lakonnya, M. Rajoli sering tampil dengan watak komedi, khalayak selalu terhibur dan tidak kering gusi melayan lakonnya. Tetapi siapa tahu, realiti hidupnya tidak seperti keriangan yang terpancar dan dilihat orang.

Tidak menyangka s4kit kepala itu bukan s4kit biasa, pada 2008 peminat M.Rajoli terkejut yang beliau telah j4tuh s4kit dengan serius, selepas diperiksa pihak hospital M.Rajoli menghidap peny4kit Lymphoma ataupun Kelenjar K4nser Otak. Akibat daripada itu, beliau lumpvh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung pada isteri-isterinya.

Menurut isteri keduanya, Hajah Wan Chik Daud, M.Rajoli semakin sihat pada awal tahun 2008, kerana setiap hari menjalani terapi dan bergerak dengan bantuan kerusi roda yang dijaga rapi isteri pertama Hashimah Md Din di kediaman AU2 Keramat Kuala Lumpur.

Menurut beberapa exco Seniman yang berpeluang menziarah pelakon tersebut sebelum ini, keadaan M. Rajoli nampak ten4t. Susuk tubuhnya semakin kurus, beliau juga lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Malah beliau hanya bangun pada waktu makan atau minum sahaja. Itupun setelah di kejutkan oleh isterinya, Hashimah Mat Din.

Beliau memang ada merancang, jika sembuh beliau nak jadi imam semula dan mengajar mengaji. Kalau tak sempat, Arif sahaja yang menjadi penyambung hasratnya itu.

Selepas setahun lebih hanya bergerak di atas kerusi roda dan terbaring atas katil, akhirnya pada pukul 10.45 malam 17 September 2010 menghembuskan nafas ter4khir di Hospital Ampang selepas dimasukkan ke hospital.

Dalam mengenang kepulangan M. Rajoli, sebenarnya banyak yang boleh dipetik sebagai teladan. M. Rajoli men1ngg4lkan satu landasan yang jernih dan terus berusaha untuk menjernihkan kekusutan apabila banyak pelakon-pelakon menganggap sebagai artis mereka boleh buat apa saja. Kerana itu walaupun tidak mengenali M. Rajoli dari dekat, saya ada kekaguman terhadapnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : johodaily


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau tak sempat, Arif sahaja yang menjadi penyambung hasratnya itu” – M Rajoli Sempat Titip Pesan, Jemaah Kampung Baru Kenal M.Rajoli Siapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*