5 Selebriti Ini Tetap Bahagia Walaupun Belum Dikurniakan Cahaya Mata

Setiap pasangan suami isteri tentu tidak sabar untuk memiliki zuriat sebagai pelengkap rumah tangga. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dan dikurniakan zuriat dalam tempoh masa yang cepat dan pasti ada yang terpaksa menunggu lama malahan berpuluh tahun.

Keadaan seperti ini sering mencetuskan masalah dalam rumah tangga malah ia mungkin akan membvrukkan lagi keadaan hingga boleh menyebabkan pencer4ian jika tidak diatasi dengan sempurna dan sabar .

Perkara seperti ini tidak hanya berlaku kepada orang biasa malah sesiapa sahaja, tidak kira seseorang itu artis atau sebagainya. Sama seperti beberapa selebriti yang akan kami senaraikan ini, mereka sudah lama berumah tangga dan telah mencuba pelbagai cara, namun masih belum juga dikurniakan zuriat. Namun apa yang menarik tentang pasangan ini, mereka sama sekali tidak berputus asa malahan  mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

Siapakah pasangan selebriti yang kami maksudkan ini yang masih kekal bahagia walaupun belum dikurniakan zuriat? Jom kita tengok!

1. Dea Ananda Dan Ariel Nidji

via Ig

Masih ingatkah anda dengan kumpulan Trio Kwek Kwek yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak dahulu? Beberapa dekad telah berlalu, ketiga-tiga ahli itu kini telah membawa haluan masing-masing. Daripada mereka bertiga, rupanya hanya Dea Ananda sahaja yang sudah berkahwin.

Malah Dea Ananda telah berumah tangga bersama Ariel Nidji selama 12 tahun. Malangnya, sehingga kini pasangan pemuzik itu masih belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun begitu, rumah tangga Dea Ananda dan Ariel Nidji sentiasa nampak cool dan tenang serta jauh dari sebarang gosip.

Malah, mereka berdua juga selalu menunjukkan rasa sayang di laman sosial masing-masing. Kini, pasangan yang berkahwin pada 9 Ogos 2009 yang lalu, sedang mengikuti program IVF.

2. Dimas Seto Dan Dhini Aminarti

via Ig

Pasangan sinetron Dimas Seto dan Dhini Aminarti yang telah mend1rikan rumah tangga pada tahun 2009 ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka juga sering diajukan soalan tentang anak dan perkara itu agak menyakitkan buat mereka berdua.

Ada juga segelintir pihak yang beranggapan mereka berdua sengaja melengahkan proses untuk mendapatkan zuriat. Namun pada hakikatnya, Dimas Seto dan Dhini Aminarti telah menjalankan pelbagai usaha bagi mempercepatkan proses untuk mereka menimang cahaya mata.

Pun begitu, segala komen yang kurang menyenangkan itu nampaknya tidak sedikitkan menjejaskan rumah tangga mereka malahan hubungan mereka menjadi semakin erat.

3. Gilang Dirga Dan Adiezty Fersa

via Ig

Salah seorang artis yang kekal bahagia walaupun masih belum dikurniakan zuriat ialah pasangan Gilang Dirga dan Adiezty Fersa. Selepas dua kali mengandung dan keguguran, Adiezty Fersa dan Gilang Dirga tidak lagi dikurniakan zuriat sehingga memasuki usia perkahwinan yang ke 5.

Adiezty Fersa dan Gilang Dirga juga telah mencuba untuk menyertai program IVF pada tahun 2020. Malangnya prosedur pemindahan embrio yang mereka lakukan tidak berjaya walaupun keputusan testpack menunjukkan dua garisan biru.

Tidak berputus asa dengan hal itu, pasangan yang berkahwin pada tahun 2016 ini tetap bersabar dan bahagia menikm4ti masa bersama.

4. Dewi Sandra Dan Agus Rahman

via Ig

Telah mend1rikan rumah tangga sejak tahun 2011 lagi, Dewi Sandra dan Agus Rahman masih sabar menanti kehadiran bayi mereka. Malah, Dewi Sandra mengakui dia redha jika ditakdirkan dia tidak langsung akan dikurniakan cahaya mata.

Malah, Dewi Sandra yang sebelum ini pernah berkahwin dua kali juga tidak dikurniakan zuriat dan pernah membangkitkan isu tersebut sebelum bersetuju dengan lamaran Agus Rahman. Nampaknya, Agus telah menerima dengan hati terbuka dan tetap setia menemani isterinya walau dalam apa jua keadaan.

Menurut pasangan ini, daripada mencuba IVF lebih baik mereka terus mencuba send1ri dan berserah kepada keputusan Tuhan yang telah ditentukan.

5. Fathir Muchtar Dan Fera Feriska

via Ig

Dikhabarkan pasangan cinta lokasi, Fathir Muchtar dan Fera Feriska ini telah memutuskan untuk bernikah pada usia muda dan sengaja merancang kehamilan selama empat tahun.

Bagaimanapun, setelah lime belas tahun hidup sebagai suami isteri, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun pada tahun 2012, Fera pernah mengandung tetapi keguguran kerana janin yang tidak berkembang dengan sempurna.

Walaupun usia perkahwinan mereka sudah mencecah belasan tahun tanpa kehadiran cahaya mata, namun cinta Fathir Muchtar dan Fera Feriska sedikit pun tidak pernah pudar dan kedua-dua mereka sangat bahagia dan semakin rapat.

Itulah antara lima selebriti dari seberang yang dapat kami rungkaikan buat tatapan pembaca. Mereka masih kekal bahagia walaupun belum dikurniakan zuriat sebagai penyeri rumah tangga mereka. Semoga suatu hari nanti kita akan mendengar perkhabaran gembira dari mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "5 Selebriti Ini Tetap Bahagia Walaupun Belum Dikurniakan Cahaya Mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*