Zara Zya Mula Bersuara Peluang Berlakon Perlu Dipilih Berdasarkan Bakat Bukannya Hanya Mengambil Dari Jumlah Pengikut Di Media Sos1al Sahaja

ISU jumlah pengikut selebriti di media sosial yang umpama ‘modal’ utama dalam melayakkan mereka ditawarkan peluang kerja atau ‘job’ bukan isu baharu. Ia menjadi bualan sejak sekian lama.

Namun, baru-baru ini ia dib4ngkitkan semula dan menjadi bualan banyak pihak terutama dalam bidang lakonan.

Sejak beberapa minggu lalu, ada beberapa kenyataan daripada stesen TV dan syarikat produksi yang mahukan bintang utama karya mereka memiliki lebih sejuta pengikut di media sosial.

Bagi pelakon, Zara Zya dia juga tidak men4fikan bahawa isu ‘l4puk’ ini kini h4ngat diperkatakan dan pada masa sama tidak men0lak sekiranya ia berlaku kerana peredaran zaman.

“Ini bukan isu baharu. Sejak awal kewujudan media sosial, ia mula diperkatakan, tetapi mungkin tidak seh4ngat hari ini.

“Banyak pihak lebih melihat jumlah pengikut di media sosial berbanding bakat. Itu umpama menjadi penanda aras untuk populariti seseorang.

“Namun bagi saya, kita kena juga mengikut peredaran zaman. Bakat dan populariti di media sosial itu perlu seiring,” katanya.

Cukup dikenali sebagai pelakon versatil yang mampu menjayakan apa saja watak, Zara berpendapat sekiranya seseorang pelakon itu popular di media sosial, ada manfaat untuk dirinya.

“Kalau jumlah pengikut di media sosial banyak dan dapat meraih populariti di platform itu, bakat juga perlu seiring dan selari.

“Ada banyak manfaat dan kelebihan sekiranya seseorang itu popular di media sosial dan ramai pengikut. Namun, kalau dia memiliki bakat yang besar, itu menjadi sesuatu yang lebih baik dan lebih berkualiti,” katanya.

Menurutnya, sekiranya seseorang pelakon itu hanya popular di media sosial, tetapi tidak berbakat, penonton juga akan memilih untuk tidak menonton sesuatu karya.

“Penonton sekarang sudah bijak memilih dan menilai sesuatu karya serta lakonan. Sekiranya seseorang pelakon itu hanya popular, namun bakatnya ‘s3ndu’ dan suam-suam kuku saja, penonton akan l4ri.

“Lebih baik mereka habiskan waktu untuk menonton karya lain di platform digital seperti Netflix dan dari situ muncul trend di mana ramai menganggap drama Melayu tiada kualiti.

“Jadi, sekali lagi saya teg4skan, kalau boleh biar populariti di media sosial itu datang seiring bakat anda,” katanya.

Memulakan semula aktiviti penggambaran, Zara melu4hkan rasa syukur kerana kerja tertunda kini dapat diteruskan.

“Alhamdulillah, kerja penggambaran kini berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, contohnya perlu menjalani ujian c4litan dan sebagainya.

“Sekarang, saya menyambung semula penggambaran drama bersiri Mr Bibik yang tertunda sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Walaupun jadual kerjanya mula padat sehingga awal tahun hadapan, Zara tidak terlalu cer3wet dalam memilih tawaran kerja.

“Alhamdulillah, jadual kerja pun dah pad4t semula hingga Januari tahun depan. Jadi, apa yang boleh saya katakan, tawaran kerja sentiasa ada.

“Saya tidak terlalu cer3wet dalam memilih watak atau sesuatu karya. Pada masa sama, saya juga tidak t4ngkap muat kerana ingin menjaga kualiti kerja saya.

“Apa yang boleh saya katakan, tawaran kerja yang datang pun semua yang bagus dan tak ada yang mer3pek,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Zara Zya Mula Bersuara Peluang Berlakon Perlu Dipilih Berdasarkan Bakat Bukannya Hanya Mengambil Dari Jumlah Pengikut Di Media Sos1al Sahaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*