Suka menunjuk-nunjuk punca BN kal4h dulu, tak sangka ini lagi yg Najib cakap

Sikap suka menunjuk-nunjuk kemewahan dan berl4gak didakwa menjadi punca Umno kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, kata bekas presidennya, Najib Razak.

Jelas Najib hakikatnya kemewahan dan penguasaan material bukanlah penentu kepada kejayaan parti terbabit.

Katanya ia akan menjadi lebih par4h kalau individu atau pemimpin parti “menunjuk-nunjuk lebih sangat”.

Sebaliknya kata Najib, pembawaan pemimpin Umno dengan cara yang merendah diri dan disukai rakyat menjadi penentu kepada kemenangan mereka dalam PRU ke-15 nanti.

“Kemewahan dan material bukan penentu kejayaan, malah kalau kita menunjuk-nunjuk lebih sangat orang kata berlagak, itulah punca kekal4han kita (dalam PRU ke-14).

“Orang tak suka pada pemimpin yang berl4gak, suka menunjuk-nunjuk kemewahan ataupun somb0ng dari segi sikap atau pembawakan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan cawangan Umno bahagian Pekan, hari ini.

Umno dan BN di bawah kepimpinan Najib gagal mendapatkan kejayaan seperti yang dialami parti itu sejak berpuluh-puluh tahun lalu dalam PRU yang diadakan pada 2018 lalu.

Ia sekali gus membuka kepada lembaran baru politik negara apabila Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu berjaya membentuk kerajaan pusat buat pertama kali.

Kejayaan itu juga menyaksikan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui negara buat kali kedua.

Bagaimanapun pada Feb tahun lalu, kerajaan PH tumbang selepas Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin dan sekumpulan ahli Parlimen PKR dipimpin Mohamed Azmin Ali bertindak men1ngg4lkan PH.

Najib berkata, Umno kini perlu kembali menjadi tonggak kerajaan dan menerajui negara jika mahu melihat kestabilan politik kembali terjamin.

Katanya, Umno dan BN telah berjaya membukti keupayaan membentuk kestabilan politik yang hebat dan tiada tolok banding jika dibandingkan dengan negara lain.

“Kalau kita inginkan zaman tersebut, era tersebut perlulah kembalikan, maka kita kena pastikan dalam PRU ke-15 akan datang Umno dapat muncul sebagai parti tonggak yang menubuhkan kerajaan kerana parti itu mempunyai bilangan kerusi terbesar bersama anggota kita dalam BN.

“Sama ada kita akan ada rakan-rakan lain, sekarang ini masih lagi menjadi tanda tanya pada kita semua,” katanya.

sumber: mkini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Suka menunjuk-nunjuk punca BN kal4h dulu, tak sangka ini lagi yg Najib cakap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*