Watak Kecil Beri Impak Besar, Mus May Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Mamat Khalid

Mamat Khalid telah men1ngg4lkan kita. Allahy4rham difahamkan pengs4n di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjong Malim, sebelum dikej4rkan ke hospital dan disahkan men1ngg4l dunia di sana.

Ucapan t4kziah dan selamat tinggal memenuhi ruang media sosial dari rakyat Malaysia mahupun rakan artis. Pemergian allahy4rham telah men1ngg4lkan kesan kepada seluruh peminat filem tanah air.

Sebahagian rakan artis dan penggiat seni tanah air turut berkongsi cerita dengan orang ramai mengenai peribadi arw4h Mamat Khalid dan bagaimana arw4h telah men1ngg4lkan kesan kepada mereka.

Antaranya adalah Mus May, di dalam hantarannya di Facebook, Mus bercerita bagaimana watak kecilnya di dalam filem H4ntu Kak Limah telah men1ngg4lkan impak yang besar kepada umum.

“Dua bulan selepas saya keluar dari hospital 2017, saya ditawarkan watak Bapak Bunian. Untuk scene saya shooting di kawasan Kuala Kangsar & Taiping sekitar November 2017.

“Saya awal-awal beritahu pada abang mamat yang saya ada problem sikit bab ingatan ni. Dia cakap tak apa, abang faham. Dia cakap watak ni abang memang nak bagi kamu. arw4h memang tak beri tekanan langsung pada saya. Tak ada banyak kali take pun. Sebab dia faham keadaan saya time tu.

“Saya betul-betul tak sangka. Watak kecil saya dalam HKL tu beri impak yang besar, yang orang akan ingat sampai bila-bila ‘Per..Per..’” katanya.

Di akhir catatan di Facebook, Mus mengucapkan terima kasih kepada arw4h Mamat Khalid yang telah memberi peluang kepada beliau untuk berlakon dan baginya, pemergian arw4h umpama hil4ngnya satu bintang.

Selain daripada Mus, rakan artis yang turut berkongsi cerita mengenai arw4h adalah Que h4idar atau lebih dikenali orang ramai dengan watak Amy Mat Piah yang dipegangnya sewaktu berada di bawah arahan Mamat Khalid dalam filem Rock Oo!

Menulis di laman Twitter, Que berkata bahawa jasa Mamat Khalid tidak boleh dilupakan, baginya arw4h adalah antara pengarah awal yang membantunya berkembang menjadi pelakon yang baik.

“Antara director terawal yang mengesan bakat saya. Bermula dengan 1 commercial Putrajaya dan seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris. Al fatihah untuk Abang,” katanya di laman Twitter.

Pengalaman membawa watak Amy Mat Piah pernah diceritakan oleh media tempatan apabila Mamat Khalid send1ri akui bahawa dia pernah mem4rahi Que di set pengambaran kerana berlakon seperti ‘kayu jenis baharu’.

Namun pengalaman itu telah berjaya mencorakkan Que, Mus dan ramai lagi pelakon serta rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya.

Allahyarham Mamat Khalid menghembvskan nafas terakhirnya di usia 58 tahun dan men1ngg4lkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak. arw4h adalah individu yang cukup disegani dalam dunia perfileman tempatan dan karya-karyanya sering mendapat tempat di kalangan peminat tempatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : thevocket


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Watak Kecil Beri Impak Besar, Mus May Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Mamat Khalid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*