Ditudvh Guna T4ngkal, KJ Jawab 4 ‘J1n’ Ini Berkesan Untuk Lindungi Malaysia

Setiap minggu, pasti ada sahaja dakwaan yang dibuat golongan antivaksin terhadap Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin serta mereka yang memilih untuk menerima vaksin.

Terbaharu, sebuah lagi dakwaan tular di sebuah group di Telegram yang mengatakan YB Khairy Jamaluddin menggunakan empat tangkal pada tangan k1ri yang mengandungi 4 jenis j1n dan sy4it4n dalam usaha untuk melindungi d1ri beliau.

Menariknya, dakwaan tersebut berjaya mendapat perhatian YB Khairy Jamaluddin di mana beliau tampil menafikan perkara tersebut menerusi platform Instagram Stories.

Sumber: instagram Khairykj

Menurut YB KJ, beliau tidak menggunakan tangkal sebaliknya menggunakan 4 jenis ‘j1n’ vaksin yang terd1ri daripada Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino bagi melindungi Malaysia.

Jawapan balas beliau terhadap dakwaan daripada golongan yang menolak vaksin ini turut mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gaya beliau yang menjawab dengan penuh sinis. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Untuk pengetahuan, kenyataan beliau yang mahu ‘susahkan’ mereka yang menolak vaksin semalam nyata membuatkan golongan ini berang serta melabelkan beliau dengan pelbagai tohmahan yang negatif.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : thevocket.com


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ditudvh Guna T4ngkal, KJ Jawab 4 ‘J1n’ Ini Berkesan Untuk Lindungi Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*