Bell Ngasri akhirnya tertew4s, kenang pem3rgian insan tersayang

IPOH: Pengalaman berlakon bersama allahy4rham Mamat Khalid menerusi program masakan menjadi kenangan terakhir pelakon dan pelawak popular, Bell Ngasri bersama pengarah tersohor yang menghembuskan nafas terakhir akibat ser.angan jantung, semalam.

Bell berkata, dia tidak menyangka pengalaman berada di lokasi penggambaran itu menjadikan pertemuan terakhirnya bersama insan yang banyak membantu bagi lonjakan kerjayanya.

“Saya tidak menyangka ar.wah pergi secepat ini. Saya dan ar.wah baru beberapa minggu lepas menjalani penggambaran program masakan.

“Dalam program ini saya berlakon dengan ar.wah, sedangkan peminat mengenali sebagai pengarah.

“Rupa-rupanya itulah momen terakhir saya bersama dengan ar.wah. Saya tak sangka dapat juga merasa sekali berlakon dengan a.rwah kerana selalunya saya bekerja di bawah arahannya,” katanya kepada BH Online.

Bell berkata, dia sebenarnya akan memulakan penggambaran sekuel Kampung Pisang bersama ar.wah, hujung bulan ini.

Pelakon watak Barkoba dalam filem 18 Puasa di Kampong Pisang itu mengakui, kehil4ngan pengarah tersohor itu begitu dirasai.

“Saya betul-betul tidak sangka ar.wah sudah tiada. Allah lebih sayang beliau.

“Saya ralat kerana sepatutnya berjumpa dengannya untuk penggambaran seterusnya,” katanya

Menurutnya, ar.wah pernah meluahkan hasrat untuk menyambung telefilem 16 dan 17 Puasa.

“Orang suka dengan Barkoba, watak saya dalam telefilem 16, 17 Puasa dan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang. Ar.wah membantu melonjakkan nama saya semula.

“A.rwah pernah bercerita mahu buat sehingga 19 dan 20 puasa, tetapi beliau sudah tiada. Ini adalah antara kenangan manis saya bersama ar.wah,” katanya sambil men.angis dan tidak mampu menahan emosi.

Katanya, pem3rgi4n ar.wah satu kejutan dan pem3rgi4n besar dalam industri seni.

“Satu kejutan besar. Bukan setakat saya, tetapi satu negara minat dengan karakter ciptaan ar.wah.

“Namun, Allah juga penentu segala-galanya. Kita kehil4ngan seorang insan seni yang genius dan ramai begitu sayangkan hasil seni dan karya ar.wah.

“Semoga apa sahaja yang a.rwah tinggalkan menjadi satu legasi besar untuk industri seni,” katanya.

Terdahulu, allahy4rham Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam.

Beliau pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan men1ngg4l dunia.

jen4z4h disolatkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam, di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh selepas Zohor, semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : BH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bell Ngasri akhirnya tertew4s, kenang pem3rgian insan tersayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*