Terkejut Tiba-Tiba Iqbal Meng4muk C4mpak Duit, Hilang Sabar Ditvduh Kaki Kikis Harta Vida. Tak Sangka Ini Yang Dia Cakap Kepada Netizen

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli beng4ng apabila sering dilabel sengaja ‘mengh1mpit Datuk Seri Vida dengan isu perkahwinan demi menumpang kekayaan jutawan berstatus ibu tvnggal berkenaan.

Menerusi pertemuan dengan mStar, Iqbal, akhirnya terpaksa ‘flex’ atau menunjukkan kekayaan bagi membuktikan yang dia juga berkemampuan.

“Saya bukan jenis yang suka k1kis duit orang, bukan macam tu.

“Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu?

“Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!” katanya kepada mStar.

Video

Iqbal tabah teroka dunia perniagaan

Belajar dalam Diploma bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), namun Ahmad Iqbal Zulkefli atau lebih mesra dengan nama Iqbal, 27, meneroka dunia perniagaan.

Malah dia yang turut menimba pengalaman sebagai pembantu peribadi usahawan sensasi, Datuk Seri Vida selama empat tahun kini menguruskan dua rangkaian perniagaan Iba Skin Care dan Iba Perfumes.

Memasuki tahun keempat dalam dunia niaga, dia baru baru ni tul4r di media sosial apabila membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai.

Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 dan jam kedua, bernilai RM150,000.

Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf melayannya.

“Saya menerima kec4man bert4lu t4lu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

“Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai berg3lut di era pandemik COVID-19 ini.

“Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial,” katanya.

Teg4s anak ketiga daripada lapan beradik daripada Pasir Mas, Kelantan ini, dia seboleh bolehnya mahu menyembunyikan ‘kemewahan’ yang dimiliki.

“Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi r1ak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

“Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

“Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan. Saya juga tak pernah main main selama ini saat menceburi dunia perniagaan,” katanya.

Mengimbas kembali awal kembara niaganya bermula dengan bermodalkan RM500 saja.

“Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli seah RM160,000 berjaya dikumpul.

“Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

“Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta. Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya yang boleh dihubungi di Instagram @ahmadiqbalzulkefli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : mstar 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terkejut Tiba-Tiba Iqbal Meng4muk C4mpak Duit, Hilang Sabar Ditvduh Kaki Kikis Harta Vida. Tak Sangka Ini Yang Dia Cakap Kepada Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*