Selepas lant4ng menyuarakan gesaan blh keluar KWSP, sekali Pemuda Umno mula rasa bimb4ng pula

Selepas lantang menyuarakan gesaan agar mereka yang terkesan boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka, Pemuda Umno hari ini menyatakan kebimbangannya berkenaan isu tersebut.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya mengakui simpanan KWSP penting untuk hari tua setiap pencarumnya.

“Malah dalam perbincangan dengan CEO KWSP tempoh hari (21 September), mereka menunjukkan data serupa seperti 46 peratus pencarum berumur 55 tahun hanya ada simpanan kurang daripada RM10,000 dan rata-rata rakyat hanya boleh bertahan selama tiga tahun selepas bersara secara purata, dengan jumlah simpanan KWSP yang mereka ada.

“Hujah balas saya dalam pertemuan tersebut bagi mempertahankan rasional kenapa rakyat menuntut i-Citra minima RM10,000 secara one-off adalah seperti suasana kecemasan musim pandemik memerlukan pelbagai pendekatan mendesak terutama bagi menjamin jaringan keselamatan sosial rakyat.

“Jutaan rakyat yang hil4ng punca pendapatan akibat pandemik sama ada diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup dan pendapatan gaji hari yang terenc4t, memberi kesan kepada keupayaan rakyat untuk berbelanja sekaligus mengakibatkan aliran tunai dalam ekonomi terjejas teruk, “katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Asyraf, pada masa sama mereka juga terdesak untuk membayar komitmen bulanan seperti sewa rumah, ansuran kereta, bil utiliti dan kad kredit.

“Bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan Bantuan Khas cov1d-19 (BKS) yang sebelum ini amat terhad dan hanya memfokuskan kepada B40, menyebabkan ramai yang masih tercicir sedangkan mereka juga telah jatuh ke dalam kategori susah dan terdesak terutama di kalangan M40.

“Justeru, demi kelangsungan hidup sekarang, membenarkan pengeluaran caruman daripada KWSP pasti akan melegakan ramai yang memang hakikatnya sudah sampai ke peringkat nyawa-nyawa ikan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Asyraf menegaskan pengeluaran simpanan persaraan dengan jumlah yang terhad, seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra, hanya penyelesaian jangka pendek agar rakyat terus memiliki wang tunai dan melangsaikan komitmen yang tertunggak ketika wabak.

Justeru, dia berkata dalam pertemuan itu, Pemuda Umno mengemukakan beberapa cadangan bagi menampung kembali kelompongan simpanan KWSP akibat pengeluaran tersebut.


“Antaranya meningkatkan kadar caruman wajib majikan untuk tempoh tertentu dan memperluaskan caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti gig ekonomi,” katanya.

Dia turut mencadangkan agar kerajaan melaksanakan penyelesaian jangka sederhana dan panjang termasuk bantuan tunai yang secukupnya kepada rakyat dalam Belanjawan 2022 nanti.

“Selain mencipta peluang pekerjaan baru untuk anak muda termasuk skim jaminan pekerjaan dan mengupayakan kembali projek infrastrukur berskala besar yang punya kesan gandaan ekonomi (multiplier effect) bagi segera merangsang pertumbuhan dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Jika ini berjaya, rakyat tidak perlu lagi bergantung kepada pengeluaran KWSP yang tentu sekali boleh menjejaskan masa depan mereka di kemudian hari,” katanya lagi.

Setakat Mac lalu, sebanyak RM52.48 bilion telah dikeluarkan di bawah program i-Sinar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas lant4ng menyuarakan gesaan blh keluar KWSP, sekali Pemuda Umno mula rasa bimb4ng pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*