Lepas Insid3n VIP Jumaat Lepas, Ini SOP Baru Masjid Putra Buat Ramai Lega

Putrajaya, 16 September : Masjid Putra di Putrajaya hari ini mengumumkan kuota untuk jemaah solat Jumaat meningkat seramai 200 orang kepada 500 orang berkuatkuasa 16 September.

Perkara ini dinyatakan dalam satu poster di laman facebook masjid berkenaan yang dinaikkan hari ini.

Pintu utama akan mulai dibuka pada jam 11.45 pagi.

Sebelum ini kuota untuk solat Jumaat adalah seramai 300 orang dengan 10% dari jumlah itu diperuntukkan kepada VIP.

Manakala untuk solat fardhu pula kuotanya adalah seramai 200 orang.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah

1. Wajib memakai pelitup muka.

2. Sanitasi tangan ketika hadir dan pulang.

3. Vaksin lengkap.

4. Bawa sejadah bersaiz besar (standard)

5. Penjarakan sosial 1.5 meter.

6. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dibenarkan masuk.

7. Check in Mysejahtera.

Sementara itu, kuota 10% untuk VIP tidak dinyatakan dalam poster tersebut.

Pada minggu lepas, Imam Besar Masjid Putra mengesahkan terdapat kuota seramai 30 orang, iaitu 10% dari 300 jemaah yang dibenarkan solat Jumaat.

Beliau dalam satu video di Facebooknya Jumaat lepas berdoa supaya pihak yang memviralkan video kononnya terdapat layanan istimewa terhadap golongan VIP diberikan hidayah Allah.

Beliau turut meminta pihak tersebut bertemu dengan beliau untuk meminta maaf kerana perbuatan itu tidak diredainya.

Walau bagaimanapun, imam tersebut kemudian memohon maaf secara terbuka apabila video beliau itu tul4r dan mendapat krit1kan pelbagai pihak.

Berikutan itu beliau berkata pihaknya akan memperbaiki keadaan terutamanya pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid berkenaan.

“Saya Imam Besar Masjid Putra, ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang mengetahui k3s ini secara jauh mahupun dekat diatas reaksi saya yang dilihat agak keterl4luan berhubung video yang tul4r di media massa dan sosial pada Jumaat lalu.

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf diatas segala keterl4njuran berkenaan dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai pelaksanaan SOP di Masjid Putra,” katanya

Imam Besar Masjid Putra

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai 1su lay4nan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini.

Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi.

Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterl4luan berhubung video tul4r itu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterl4njuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

“Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tul4r itu malah, beliau tidak reda dengan penyeb4ran video berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menul4rkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid.

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyeb4ran video tul4r itu.

Rata-rata netizan menyambut baik permohonan maaf tersebut

“Anggap je la kejadian nie tuhan nk sedarkan kita.. masjid bukan milik sape2.. x kira la miskin kaya.. sape yg dtg awal, bg je la masuk.. xyah booking2.. hapuskan sistem booking2 tu.. bagus la kalo imam pun dh berlapang dada utk minta maaf dan memaafkan..”

-Buletin TTKM –

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : trendingsangat


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lepas Insid3n VIP Jumaat Lepas, Ini SOP Baru Masjid Putra Buat Ramai Lega"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*