“Sudah-Sudah Lah Tu” – Kongsi Pandangan Tentang V4ksin, Netizen Minta Zul Yahya Stop?

Pelakon Zul Yahya menerima pelbagai kec4man daripada netizen apabila memuat naik sebuah posting di Instagram mengenai pandangannya yang dipercayai berkaitan pengambilan v4ksin.

Menerusi posting tersebut, Zul Yahya turut menyentuh isu diskr1min4si yang didakwa berpunca daripada v4ksin.

“Cobit (Cov1d) made in China membuka jalan kepada Vaksum.

“Vaksum membuka jalan kepada diskr1minasi, tahniah,” tulisnya.

Susulan daripada posting tersebut, ramai yang mendakwa posting berkenaan seolah memerli usaha pemberian vaksin.

Kebanyakan netizen meminta supaya pelakon itu menghentikan teori dan dakwaan tidak betul di Instagram.

“Tak habis-habis label buruk usaha orang yang vaksin di negara sendiri, Tak lama lagi akan buka juga semua sektor dan solat rapat saf”.

“Ya abang Zul sudah-sudah la tu, kadang-kadang tak tahu nak ambil serius ke tak”.

“Cukup-cukup mengapikan orang,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, beberapa perkongsian Zul Yahya di Instagramnya sebelum ini mencetuskan pelbagai keraguan dan provaksi apabila dia seolah-oleh memilih ‘haluan’ berbeza dan menolak vaksin.

Zul Yahya juga pernah mencuri tumpuan apabila nekad memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah demi memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam sebagai bekal ke akhirat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Komen Netizen

Sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sudah-Sudah Lah Tu” – Kongsi Pandangan Tentang V4ksin, Netizen Minta Zul Yahya Stop?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*