Lelaki Ni Share Cara Jimat Bil Elektrik, Dari RM200 Sebulan Jadi RM36.60. Tapi No 6, Tolong Jangan Amalkan!

Membayar bil elektrik setiap bulan yang kadang kala melambung tinggi memang boleh membuatkan kita rasa terbeban untuk melunaskannya. Tambah-tambah bila ahli keluarga sentiasa berada di dalam rumah, 24 jam menggunakan elekterik. Memang tidak pelik bil boleh meningkat.

Pun begitu jika setiap bulan kita melihat peningkatan bil dan semakin banyak pula diperuntukkan wang untuk membayarnya, boleh ‘botak kepala’ juga memikirkan cara bagaimana untuk menurunkan bil tersebut.

Melalui satu perkongsian di laman twitter, ada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai @Mehmed Aezhad  ada berkongsi tip yang dia praktikkan untuk kurangkan bil elektrik.

Kongsinya, bil elektrik di rumahnya pada bulan Julai adalah RM208.90 dan dengan penjimatan yang dilakukan telah mencatatkan bil elektrik yang perlu dibayar untuk bil bulan September adalah hanya RM36.60.

Jadi ini apa yang dia buat untuk kurangkan bil elektrik.

1. Aircond

Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk. Siang memang tak buka aircond.

2. WiFi

On WiFi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.

3. Lampu

Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.

4. TV

Aku bukan kaki tengok TV. Tengok @netflix pun dekat laptop itupun jarang.

5. Plug

Disebabkan aku pakai MBP, sekali caj bateri tahan 12-18 jam. So, aku caj 2jam-3jam and tutup balik plug.

6. Tidur rumah orang lain

Weekend je aku balik rumah family or tidur rumah kawan. Memang jimat letrik guys

Pelbagai reply diberikan oleh warganet dan ada juga yang memberikan beberapa tip lain untuk penjimatan elektrik.

sumber : Mehmed Aezhad 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Keluarga


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lelaki Ni Share Cara Jimat Bil Elektrik, Dari RM200 Sebulan Jadi RM36.60. Tapi No 6, Tolong Jangan Amalkan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*