“Ayash sensltif kepada asap dan habuk” Shuib berundur seketika demi Ayash

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.

Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik d1ri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan d1ri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi.

“Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensltif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibatC0VlDl9 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq m4tin, 6, yang turut memerlukan perhatian.

Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian.

Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber:https://livenewszone.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ayash sensltif kepada asap dan habuk” Shuib berundur seketika demi Ayash"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*