Apa sal4h Mona? Gadis kongsi kisah ‘tr4gis’ kambing peliharaan dis1sih sang ibu, terpaksalah dilayan macam bayi… his4p susu botol, pakai pampers!

GELAGAT seekor anak kambing yang diberi nama Mona ini mencuit hati warga maya yang terhibur dengan pelbagai aksi ‘nakal’ yang dilakukan haiwan tersebut.

Malah ada antara video Mona yang seringkali dikongsi oleh Nur Ashikin Abdul Manap, 20, ditonton hampir 1.5 juta kali di laman TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ashikin, bagaimanapun mendedahkan kisah sed1h yang menimpa Mona yang mempunyai tiga adik beradik.

@cikonnnn

Kalau lepas pokok org dia makn habis😓

♬ suara asli – Ravita.An!👑🦋 – CweInsecure🥺

“Mona ni memang sejak kecil maknya tak suka, susu pun mak Mona tak nak bagi, dia layan yang lagi dua ekor anak saja.

“Jadi kami terpaksa bagi Mona minum susu tepung dalam botol,” katanya yang menetap di Kampung Pokok Jenerih, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Akibat disisihkan ibunya itu, keadaan fizikal Mona yang hidup bergantung kepada susu formula dilihat jauh lebih kecil berbanding dua adik beradiknya.

Ada antara video Mona yang mendapat hampir 1.5 juta tontonan.

Menurut Ashikin, Mona yang kini berusia lima bulan itu juga lebih manja dengan d1rinya serta ahli keluarga yang lain.

“Kambing ni menghiburkan… cuma Mona dia manja dengan kami sebab mak dia suka ‘buat’ (pukul) dia.

“Tapi dalam masa sama Mona ni pun memang buas sejak kecil lagi, dah besar ni lagi buas,” katanya.

Tapi mereka ni semua kambing abah mak saya, kalau kena jual saya reda, tapi tipulah saya tak sedih.

NUR ASHIKIN ABDUL MANAP

Menurut Ashikin, Mona sering minta untuk dikeluarkan dari kandangnya.

“Dia selalu nak kita usap kepala dia. Bila dah keluar kandang tu, dia akan makan pokok orang, mula la mak saya m4rah lepas tu mak suruh kurung balik,” selor0hnya.

Bukan itu sahaja, Mona juga kadangkala ingin ikut tinggal di dalam rumah tuannya.

@cikonnnn

Nk masuk rumah kena pakai pampers dulu ka tidak kencing merata ##fypシ ##mona

♬ Bete remix – 𝐒𝐲𝐚𝐦.

“Ada video tu, dia nak masuk rumah jadi mak suruh pakaikan dia pampers sebab dia suka kenc1ng merata,” jelasnya, menambah selain Mona, mereka sekeluarga mempunyai hampir 30 ekor kambing lain.

Mona sering minta untuk dikeluarkan dari dalam kandang.

Selain Mona, seekor lagi kambing kesayangan Ashikin adalah Saat.

“Saat manja sebab dari kecil kami dah mula bawa dia keluar dari kandang, maknya tak mengembek, kalau ibu lain bila kita bawa anak dia keluar, dia akan mengembek macamlah kita nak sembelih anak dia.

@cikonnnn

Ada yg tanya kembar ka ha kembar3

♬ original sound 999 – NadaCinta

“Saat ni masa kecil kadang-kadang adik akan bawa keluar naik motor, sekarang dah besar tak boleh nak bawa naik motor dah la,” katanya.

Saat sewaktu kecil (k1ri) dan keadaannya kini (kanan).

Menurut Ashikin, walaupun sayangkan kambing-kambingnya, dia bagaimanapun reda sekiranya satu hari nanti ibu dan bapanya ingin menjual haiwan kesayangannya suatu hari nanti.

“Sekarang Mona masih kecil lagi jadi saya belum rela.

“Tapi mereka ni semua kambing abah mak saya, kalau kena jual saya reda, tapi tipulah saya tak sedih,” katanya.

Ashikin turut berkongsi pengalaman hibanya apabila kehil4ngan seekor lagi kambing kesayangannya yang bernama Bubu beberapa tahun dahulu.

@cikonnnn

Bapak tengok apatuh

♬ original sound – roblox gamer

“Setakat ni tak ada lagi kambing kesayangan saya yang dijual tapi ‘kehil4ngan’ sebab m4ti dah pernah.

“Bubu masa tu dah besar macam Saat, kami jumpa dia dalam keadaan leher dia tergantung pada tali.

“Menangis saya masa tu,” ceritanya yang juga memiliki kucing pelih4raan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Apa sal4h Mona? Gadis kongsi kisah ‘tr4gis’ kambing peliharaan dis1sih sang ibu, terpaksalah dilayan macam bayi… his4p susu botol, pakai pampers!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*