[Video] Dengar Loceng Dalam Kereta, Rupanya Kucing Jiran Tersesat Masuk

Kucing sememangnya suka bermain atau tidur berhampiran kereta sehingga ada kalanya kita terpaksa memeriksa di bawah kereta beberapa kali sebelum memandu. Baru-baru ini pula, gelagat seekor kucing yang terses4t masuk ke dalam kereta menarik perhatian ramai.

Lebih melucukan, perkara ini hanya disedari selepas di tengah jalan apabila pemandu mendengar bunyi loceng di dalam kereta. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi kucing itu apabila sedar d1rinya sudah dibawa lari tanpa sengaja.

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu pada awalnya mereka terdengar bunyi loceng di dalam kereta. Namun mereka tidak mempedulikannya kerana menyangka ia mungkin bunyi dari identiti mistik dan tidak mahu menegurnya.

Tetapi tidak lama kemudian, muncul seekor kucing dari tempat duduk belakang di dalam kereta. Rupa-rupanya, kucing jiran mereka itu sudah berada di dalam kereta itu semenjak awal mereka mula memandu.

Sebaik sahaja melihat kemunculan kucing itu, mereka turut sama berdekah melihat gelagatnya. Lebih mencuit hati, kucing itu juga tidak berhenti membuat bunyi bising sambil memandang ke luar tingkap.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat kemunculan kucing itu di dalam kereta. Ada juga yang terhibur mendengar pemandu itu yang tidak berhenti memb3bel gara-gara kemunculan tidak disangka-sangka itu.

“Nasib baik polis tak nampak. Kan dalam kereta kena 2 orang je ni ada kucing tetiba ni risau dia kena bayar saman pakai whiskies.”

dengar loceng

“Sekarang ni musim kucing jiran ikut jalan-jalan…”

kucing

“Mujur dapat jiran baik hantarkan balik…”

komen

“Macam mana lah dia boleh masuk dalam kereta…”

tik tok

 

Sumber : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[Video] Dengar Loceng Dalam Kereta, Rupanya Kucing Jiran Tersesat Masuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*