Lelaki Usik Kanak-Kanak Tepi Jalan, Reaksi Cuaknya Raih Perhatian

Mengusik kanak-kanak mungkin antara perkara biasa yang selalu dilakukan oleh orang dewasa. Bukan sahaja sebagai tanda bermesra malah ianya juga dapat mengeratkan hubungan yang ada. Sama macam yang dikongsikan lelaki ini apabila gelagatnya mengusik kanak-kanak ini menarik perhatian ramai.

Biasanya orang dewasa pasti akan mengusik kanak-kanak sehinggakan mereka hampir menangis dibuatnya. Gelagat lelaki ini yang cuba mengusik kanak-kanak ini turut sama membuatkan netizen terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia sengaja mahu mengusik sekumpulan kanak-kanak yang leka bermain di tepi jalan. Menurutnya, salah seorang dari mereka sebelum itu berjoget seolah-olah mengejeknya sebaik sahaja keretanya melintasi kawasan itu.

Selepas dia selesai dengan urusannya, lelaki itu kembali melalui jalan yang sama dan berjumpa semula dengan kumpulan kanak-kanak itu. Dia kemudian berhenti di situ dan bertanyakan tentang siapakah gerangan yang berjoget di tengah jalan sebentar tadi.

mengusik kanak-kanak

Dek kerana cuak dengan pertanyaan itu, kanak-kanak itu menafikannya dan mendakwa orang lain yang melakukannya. Lebih melucukan, dia siap menuduh mat rempit lain pula yang melakukan perkara itu. Di penghujung video, kanak-kanak itu kemudian berpura-pura menangis selepas aksinya itu kantoi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi cuak dari kanak-kanak itu. Malah ada juga yang bersimpati dengan nasib mat rempit yang tidak semena-mena dipersalahkan di dalam hal ini.

“Sian mat rempit elok-elok duk rumah tetiba dipersalahkan.”

lelaki usik

“Dik, awat hang buat kerja tak clean…”

kanak-kanak

“Nangis bucu katil mat rempit dipersalahkan.”

komen

“Nasib kau lah dik jumpa orang kuat nyakat, tu lah sakan lagi…”

tik tok

 

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber: HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lelaki Usik Kanak-Kanak Tepi Jalan, Reaksi Cuaknya Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*