Gelagat Pak Cik Order Janda Di Shopee Undang Ketawa, “Amboi Cik..”

Sekarang ini ramai yang lebih selesa membeli barang secara atas talian sahaja lagi-lagi dalam situasi seperti sekarang ini. Sama seperti gelagat seorang pak cik ini yang dilihat cuba membeli janda di Shopee sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Aksi selamba dari pak cik tersebut turut tular dikongsikan apabila video tersebut meraih hampir dua juta tontonan setakat ini. Walaupun lakonan itu hanya sekadar gurauan, ianya berjaya menghiburkan netizen yang menonton.

shopee

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut dilihat sedang menelefon pihak Shopee dan kononnya ingin membuat pembelian. Lelaki itu kemudian bertanyakan sama ada Shopee ada menjual janda kerana dia ingin membelinya.

Lebih mencuit hati, lelaki itu kemudian berselor0h dia tidak mahu janda yang mempunyai gigi rongak sepertinya. Dalam masa yang sama, dia juga sempat menunjukkan keadaan giginya yang sudah tiada itu.

Gelagat spontannya ini turut membuatkan mereka di sekelilingnya ketawa besar sebaik sahaja mendengar pesanan yang dimintanya itu. Bukan itu sahaja, reaksi wajahnya yang serius juga membuatkan ramai yang percaya dengan lakonannya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat lakonan spontan dari pak cik itu. Malah ada juga yang berselor0h tidak menyangka janda juga boleh dibeli di platform tersebut.

“Amboi pak cik, gigi bikin dulu…”

gelagat pak cik

“Haih risau lah pak cik ni…”

janda

“Satu je ke nak order. Beli lah dua kalau free shipping.”

komen

“Kalau yang gigi penuh kena pre order cik boleh ke…”

tik tok

Sumber : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gelagat Pak Cik Order Janda Di Shopee Undang Ketawa, “Amboi Cik..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*