Bahayakah kalau mulut selalu rasa pahit? Ketahui punca dan cara hindari masalah ini

RASA pahit dalam mulut boleh terjadi apabila seseorang itu makan makanan pedas atau masam dan ia adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, ia menjadi luar biasa apabila rasa pahit itu kekal untuk tempoh yang lama.

Medical News Today melaporkan rasa adalah deria kompleks yang dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kebersihan gigi, mulut kering dan kehamilan.

Perubahan rasa yang terus menerus dikenali sebagai ‘dysgeusia’ dan ia merupakan situasi tidak menyenangkan dengan mulut terasa kering, berbau, pahit seperti logam dan makanan yang dimakan berubah rasa.

Banyak penyebab kepada masalah ini dan antaranya adalah seperti berikut;

1. Mulut kering

2. Masalah gigi dan mulut

3. Kehamilan

4. Gerd

5. Sindrom mulut terbakar

6. Menopause

7. Tekanan

8. Kerosakan saraf

9. Pengambilan ubat-ubatan

10. Menghidap peny4kit tertentu termasuk kanser

Kebiasaannya doktor akan mendiagnosis masalah dan bertanya tentang gejala dan sejarah perubatan sebelum meneruskan rawatan kepada masalah itu.

Di samping itu terdapat beberapa cara tradisional yang boleh membantu mengurangkan masalah ini seperti;

1. Menggosok gigi dan lidah dengan teratur

2. Menggunakan ubat pencuci mulut

3. Mengunyah gula-gula getah bagi menjaga air liur dalam mulut

4. Minum banyak air

5. Elak makanan berminyak dan pedas

6. Berhenti merokok (bagi yang menghisap rokok)

Bagaimanapun kaedah-kaedah ini mungkin tidak menyelesaikan masalah itu untuk sesetengah orang sebaliknya mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terutamanya bagi yang mempunyai peny4kit tertentu dan mengambil ubat-ubatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bahayakah kalau mulut selalu rasa pahit? Ketahui punca dan cara hindari masalah ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*