“Yang Penting, Dapur Rumah Ber4sap,”-Acong Tak M4lu Meniaga Manisan

Enggan berp3luk tubuh ketika sedang berg3lut meneruskan survival, artis serba boleh, Acong Sweetchild mencari pendapatan lain dengan berniaga manisan.

Vokalis kumpulan Sweetchild itu mempertimbangkan cadangan isteri, Marya Zuraida berniaga pai keju pelbagai perisa ketika aktiviti seni direhatkan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan hingga ke 30 Jun ini.

Acong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat berkata, tiada apa yang mahu dim4lukan apabila terp4ksa berniaga makanan dengan mencari sesuap rezeki.

 

Foto: IG

“Bukan sahaja golongan penggiat seni, malah ramai yang terk3san saat sekatan pergerakan penuh dilaksanakan hampir sebulan lalu. Semua aktiviti seni tidak berjalan, jadi saya ambil peluang berniaga demi meneruskan survival.

“Tidak perlu hendak rasa m4lu mencari rezeki dengan berniaga. Yang penting, dapur rumah berasap. Sekurang-kurangnya bolehlah tambah pendapatan ketika berg3lut dengan era pandemik ini.

“Secara kebetulan, isteri pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Jadi, isteri cadangkan saya jual manisan. Sebelum ini, isteri hanya masak untuk sesi keluarga, sekarang bolehlah orang luar merasainya,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Acong Sweetchild (@acongsweetchild)

Bagi Acong, dunia perniagaan bukan asing buatnya.

“Jika diimbas kenangan berniaga, saya pernah jual cendol santan sawit di Punggol, Singapura pada 2018. Memang tak sangka percaturan saya berniaga minuman menjadi dan tular.

“Ramai suka kerana cendol dijual menggunakan gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Acong Sweetchild (@acongsweetchild)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Acong Sweetchild (@acongsweetchild)

Acong yang pernah menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim kedua bersyukur, isteri terus menjadi kekuatan untuknya mencari rezeki dengan cara apapun.

“Macam saya berniaga manisan, peminat menjadi penyokong tetap dengan membelinya,” katanya. 

Sumber: Berita Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://bm.cari.com.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Yang Penting, Dapur Rumah Ber4sap,”-Acong Tak M4lu Meniaga Manisan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*