“Tol4k Jod0h Nanti Jadi Andartu Pula” – Elisya Sandha Tak Kisah Kahwin Muda

Bagi pelakon Elisya Sandha, berkahwin pada usia muda bukanlah satu isu. Menurut Elisya, jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah SWT dan dia yakin bahawa rezeki akan sentiasa ada selagi dia percaya pada-Nya.

“Bagi saya kalau jodoh nak sampai, kenapa kita nak tunggu. Sebab kalau asyik tolak jdoh jadi andartu pula.

Eventually, orang akan tetap cari pasangan hidup dan pasangan saya sampai awal. Jadi saya tak rasa off market pun,” katanya seperti yang dipetik menerusi Gempak.

Difahamkan, Elisya yang sudah mengikat pertunangan dengan anak kepada pelakon dan pengarah Sheila Rusly, iaitu Uzair Haqimy pada Januari lalu akan menamatkan zaman solo mereka pada awal tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Elisya dan Haqimy kini sedang gigih menjalankan bisnes makanan lemang, rendang dan laksa.

“Kami cuba cari cara untuk dapatkan pendapatan, jual lemang dan laksa untuk kumpul duit kahwin. Jadi itulah motif kenapa kami berniaga sepanjang MCO.

“Kami saling bantu sama lain dan alhamdulillah ini mungkin rezeki nak kahwin. Hari-hari order banyak dan kami sangat bersyukur,” ujarnya.

Melanjutkan bicara, Elisya memberitahu yang dia bakal muncul dalam drama bers1ri Ratu Ten Pin yang akan mula bersiaran pada 28 Jun nanti.

“Saya memegang watak Norma, watak seorang budak kampung yang minat main boling, biasanya dia bermain buah kelapa baling botol.

“Apabila ke Kuala Lumpur dia teruja apabila dapat bermain boling sebenar. Saya perlu berlakon seperti pemain kebangsaaan. Tapi realitinya saya baru belajar main boling, kelainan kali ini lebih pada penampilan apabila saya perlu berambut pendek,” katanya

Sumber:Oijom

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://klmedia.dnq.pw/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tol4k Jod0h Nanti Jadi Andartu Pula” – Elisya Sandha Tak Kisah Kahwin Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*