‘Takyah Jadi B0doh, Percaya Pada Iman InsyaAllah Dia Sampai…’ – Sharifah Amani

Pelakon cantik Sharifah Amani menerusi ciapan di Twitter, memberikan nasihat kepada gadis-gadis di luar sana supaya ‘bersabar’ dan percaya akan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

‘Takyah jadi bod0h’

Foto: Sharifah Amani

Ujar pelakon Mukhsin ini, seseorang itu perlu mempercayai dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan pada masa yang sama sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik.

Jodoh saya sudah siap ditentukan oleh Allah S.W.T Saya percaya jadi saya perlu berusaha untuk kehidupan yang lebih baik buat diri, keluarga dan negara. Saya perlu bersabar menunggu apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta.

Takyah jadi bod0h, pegang pada Iman, percaya dengan Allah. InsyaAllah nanti dia sampai.

Pada masa yang sama, dia sempat memberikan ‘pesanan’ kepada orang ramai supaya mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

Jodoh, jodoh jugak vaksin dah cucuk? Dah daftar?Jodoh ka, takda jodoh ka end up kubur tetap sorang tau. Renung renungkan dan selamat beramal. 

Terdahulu, kenyataan pakar bedah mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menerima kecaman yang hebat daripada netizen susulan perkongsiannya menerusi satu video mengenai satu tajuk mengapa wanita lambat dapat jodoh.

Sumber: Sharifah Amani

Terdahulu..

Prof Dr Adeeba Pula Naik Angin Dengan Prof Muhaya

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Itulah yang berlaku terhadap pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad apabila dia teruk dikecam netizen.

Dalam satu video tular, pakar mata itu mengupas topik mengenai wanita yang lambat bertemu jodoh sehingga mengundang kemarahan ramai.

“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam manapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan? Masih yang laki-laki itu.

“So orang perempuan walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki.

“No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh

“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bod0h-b0doh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana,” ujarnya.

Selain netizen, kenyataan itu turut mendapat perhatian doktor Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga pakar penyakit berjangkit negara dan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong.
“Ia merupakan kali kedua dalam dua hari yang menyebabkan saya hilang kata-kata.

“Mungkin kita kena hantar prof sedikit bahan bacaan mengenai kenapa pemerkasaan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi dan pembangunan ekonomi, antara lainnya,” ujar Dr Adeeba ringkas dalam satu ciapan di Twitter.

Dr Amalina juga turut senada dan mengakui tidak akan sesekali menjadi ‘b0doh-bod0h’ sebagaimana disebut yang disebut Dr Muhaya demi mencari jodoh.

Paparan skrin tweet oleh Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.

“Maaf tapi mak saya tak besarkan saya untuk jadi ‘b0doh-b0doh sikit’ di depan ellaki untuk saya bertemu jodoh.

“Kamu menghantar mesej salah kepada perempuan dan wanita muda. Wanita tidak patut merendahkan kebijaksanaan mereka untuk menarik lelaki,” katanya lagi.

Difahamkan, Dr Muhaya sudah memad4m video berkenaan di laman sosial miliknya.

Namun, video itu masih boleh ditonton selepas ia dimuat naik semula oleh netizen ke media sosial dan YouTube.

Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.

“Cuma lelaki yang lemah je takut pada wanita yang kuat & bijak.” -Ben Amir

Sejak pagi tadi, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Muhaya Mohamad telah tular berkaitan wanita perlu nampak ‘bod0h-bod0h sikit’ untuk memikat hati lelaki.

Pelbagai respon diterima oleh warganet yang masing-masing dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan beliau kerana disifatkan seperti merendahkan wanita.

Lelaki yang lemah je takut dengan wanita kuat

Video berkenaan tular dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon terkenal seperti Ben Amir. Dalam perkongsiannya, dia memaklumkan hanya lelaki yang lemah sahaja takut dengan wanita yang kuat.

Dia juga mengakui tertarik dengan wanita yang bijak dan boleh menyokongnya menjadi lebih baik serta membawa keluar dari zon yang selesa dalam kehidupan.

Teruslah kejar impian

Selain itu, Ben Amir juga menasihati supaya para wanita terus mengejar impian mereka dan ‘terbanglah’ setinggi mungkin untuk cita-cita mereka.

Terima kasih dengan kata2 yang murni macam ni
Sehubungan dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pelakon kacak itu, ramai yang menyokong kenyataan Ben Amir dan merasakan seorang wanita harusnya bebas melakukan apa pun tanpa perlu menunjukkan kelemahan diri kepada seorang lelaki.

Ramai juga para wanita yang ‘terbuai’ dengan balasan jawapan dari video tular yang dibuat selebriti berkenaan dan berseloroh mahu menjagak Ben Amir berkahwin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Takyah Jadi B0doh, Percaya Pada Iman InsyaAllah Dia Sampai…’ – Sharifah Amani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*