Remaja ini tak sangka dapat tatap gambar ibu kandung ‘hadiah’ cemerlang SPM – “Mak ayah s3dih, takvt saya tinggalkan mereka”

HAMPIR 18 tahun Zairul Haikal Abdullah dibesarkan ibarat menatang minyak yang penuh.

Bagaimanapun dia tidak pernah menyangka untuk menerima kejutan sempena kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Dalam satu video yang tular di Tiktok, Zairul Haikal, 18, terkejut dan sebak apabila wanita yang menjaganya sejak kecil menghadiahkan gambar seorang wanita kain, dipercayai ibunya kandungnya.

Bercakap kepada mStar, Zairul Haikal yang tinggal di Ipoh, Perak berkata wanita yang menjaganya sejak kecil yang dipanggil ‘mak’ pernah berjanji untuk menunjukkan sesuatu kepadanya sekiranya dia mendapat keputusan SPM yang baik.

“Masa tu rasa sebak sangat, mak cakap disebabkan hang (kamu) lulus SPM mak nak bagi kejutan dan sambil menangis mak tunjuk gambar ibu kandung saya.

“Masa tu mak dengan ayah memang sedih sangat, takvt saya akan tinggalkan mereka,” kata pelajar Sekolah Menengah Jati, Ipoh ini.

Zairul berkongsi kisahnya di laman TikTok.

Mengakui sudah mengetahui status d1rinya sejak kecil lagi, Zairul Haikal yang lebih senang disapa Zairul ini bagaimanapun gagal mengawal perasaannya ketika menerima kejutan itu.

Namun katanya, dia belum bersedia untuk berkongsi gambar ibu kandungnya dan kisah mereka di media sosial.

Masa tu rasa sebak sangat, mak cakap disebabkan ‘hang lulus SPM mak nak bagi kejutan’ dan sambil menangis mak tunjuk gambar ibu kandung saya. ZAIRUL HAIKAL ABDULLAH

Tambahnya, nama bapanya ‘Abdullah’ juga antara petunjuk bahawa dia bukanlah anak kandung kepada pasangan suami isteri yang telah menjaganya sejak kecil itu.

“Saya seb4k, tapi saya tahu benda ni dah lama, lepas Pentaksiran Tingkatan 3. Kakak yang cerita tentang asal usul saya tapi mereka tak tahu nak cari keluarga kandung saya dekat mana.

“Mak ayah saya terlampau s3dih jadi mereka beri ‘amanat’ pada kakak saya, jadi saya tak pernah sangka inilah hadiah yang mak janji nak bagi,” katanya yang mempunyai tiga kakak serta seorang abang angkat.

Zairul yang bercadang untuk menjual nasi lemak sementara mendapat keputusan untuk menyambung pengajiannya berkata dia masih belum bersedia untuk mencari keluarga kandungnya buat masa ini.

“Saya belum bersedia sebab saya masih tak ada apa-apa lagi.

“Memang rindu, tapi saya mahu pulang dengan kejayaan dulu,” katanya yang mendapat keputusan 7A dan 2B dalam SPM baru-baru ini.

Zairul mendapat 7A 2B dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Menurut Zairul fokusnya kini adalah untuk belajar bersungguh-sungguh serta mengejar cita-citanya iaitu untuk menjadi seorang pegawai tadbir diplom4tik.

“Bagi saya dalam hidup ni kita kena kuat dan kejar cita-cita.

“Jadi saya sekarang kuat untuk mak dan abah, dan saya berazam untuk balas semula jasa mereka menjaga dan mendidik saya hingga sekarang,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.mstar.com.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Remaja ini tak sangka dapat tatap gambar ibu kandung ‘hadiah’ cemerlang SPM – “Mak ayah s3dih, takvt saya tinggalkan mereka”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*