Pakai tudung singkat, Nabila Razali menyes4l ‘ganggu’ iman netizen. Sekali kena ‘sound’ dgn Jaafar Onn

Kuala Lumpur: Artis serba boleh Jaafar Onn, 70, mendesak golongan pereka fesyen agar tidak menggunakan kain jenis warna kulit untuk rekaan pakaian artis berhijab bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

Ia berikutan kontroversi membabitkan artis Nabila Razali yang dikec4m peminat gara-gara dikatakan berpakaian seksi dan menampakkan bahagian dada sedangkan dia menggunakan pakaian warna kulit.

“Salam untuk semua pereka fesyen. Hentikan guna kain ‘skin colour’ (warna kulit) untuk rekaan anda pada artis yang berhijab,” luahnya menerusi Facebook.

Jaafar dihubungi berkata dia terpanggil untuk menyuarakan perkara itu sebagai inisiatif membetulkan keadaan.

“Mereka sengaja cari dosa. Kebanyakan pereka fesyen ini adalah golongan lembut. Mereka fikir cantik pada pandangan sendiri sahaja dan nak menampakkan artis itu seksi walaupun si artis memakai tudung.

“Artis pula tak fikir mengenai perkara ini dan terus setuju. Main pakai sahaja tanpa bantahan yang sepatutnya.

“Saya pernah tegur seorang artis wanita veteran, ketika dia muncul di TV pakai turban tapi dedah bahagian dada dan bahu. Walaupun bahagian terdedah itu sebenarnya kain warna kulit, tapi ia tak manis dilihat. Sebab teguran itu juga, sampai sekarang dia tak tegur saya dah,” katanya kepada Harian Metro.

Jaafar yang kini popular dengan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berkata, dia seorang yang suka berterus terang dalam sesuatu perkara termasuk dalam isu pakaian ini.

“Saya cakap terus-terang dengan artis itu. Dahlah dia pakai turban, tapi caranya pakai warna kulit nampak mengaibkan terutama kepada golongan sebayanya.

“Dalam dunia seni, saya dah dikira veteran. Walaupun orang labelkan saya lelaki lembut atau apa sahaja, saya patut menegur dari segi apa pun.

“Bab salah dan dosa, saya kena tegur dan mereka tak boleh nak pertikaikan. Saya bukan nak cari publisiti tapi ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pereka fesyen orang Melayu dan setiap kali ada majlis anugerah, masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mereka pakaian tanpa mengira dosa pahala.

“Jadi saya minta pereka fesyen, janganlah hasilkan baju guna warna kulit lagi. Zaman nak seksi, nak tunjuk dada, pinggang dengan guna kain warna kulit dah tak perlu lagi.

“Ingatlah kita dah akhir zaman. Saya tegur kerana umur saya dah begini. Jangan perkotak-katikkan hal pemakaian. Kalau orang lain tak boleh tegur, siapa lagi?

“Sebagai artis, saya nampak perkara ini dan perlu tegur. Nabila Razali baru habis satu isu, takkan nak timbulkan satu isu lagi?,” katanya.

Menurut Jaafar, artis popular pasti ada pembantu peribadi atau pegawai perhubungan dari syarikat rakaman, jadi takkanlah tak boleh fikir dan tolak jika pakaian diberi itu yang tak sesuai?

Rata-rata netizan bersetuju dengan pendapat Jaafar Onn

“Artis malaysia yg betul2 dah berhijab & ikut piawai berhijab setakat ni hanya beberapa org je..miss nina,heliza,norkumalasari. yg lain x boleh dikatakan berhijab tp berfesyen.tutup rambut,baju sendat,tudung lilit leher,napak leher, nampak cuping telinga (nak tunjuk anting nye pasal)..nampak betis. yg time saiz L,XL,mengandung tudung lepas dada..baju longar2 dah cam jubah senuanya. bila dah saiz s dah abis pantang terus tudung cekik leher tunjuk dada..baju sendat. bila ditegur katanya dah memang tu dr dulu, doa2 kan yg baik2..peminat x lupa,tp tulah…& fesyen2 ni menjadi ikutan2 nitizen..pakat nak tiru artis & idola..lama2 menjadi 1 kebiasaan dlm masyarakat..walau pun ianya salah” tulis seorang netizan

“Setuju dengan Jaafar Onn. Netizen juga ramai yg komen supaya pakaian menutup aurat.. Alhamdulillah. Sebenarnya kalau orang tu jadi penyanyi/artis kemudian kita nak harap dia berpakaian 100ikut Islam susah sikit kot. Mestilah nak glam, ketat sikit, bling2. Nama pun artis, bukannya ustazah KAFA. Kerani kerajaan pun saya pernah tgk baju kurung, bertudung tapi body fitting. Pekerja satu bank ni pun saya tengok baju melekat… Kain belah, walaupun bertudung. Inikan pulak artis. Sebenarnya mekap tebal2, naik atas pentas tu pun ada yg kata kurang sesuai utk perempuan islam”

Nabila Razali mohon maaf

AKIBAT memakai pakaian yang agak ketat selain bertudung singkat, penyanyi Nabila Razali sekali lagi menjadi bahan kritikan netizen.

Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, dia akan lebih berhati-hati dengan penampilannya sebagai wanita muslimah pada masa akan datang.

“Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu Nabila juga turut memberi kata-kata semangat kepada Tiktokers dikenali sebagai Suekhaizar yang kini menerima kecaman selepas muncul dengan single pertama berjudul Aku Budak Girl.

“Saya pun bukanlah lama sangat dalam bidang nyanyian ni, cuma apa yang boleh saya katakan ialah jangan putus semangat dan teruskan berkarya… lakukan perkara yang kita suka.

“Kita kena sentiasa terus belajar, jangan rasa seronok sangat apabila dah dapat views yang tinggi, perlu ada rasa ingin tahu dalam diri sendiri, ” katanya.

Suekhaizar teruk dikecam netizen kerana dikatakan tidak memiliki vokal yang baik untuk bergelar penyanyi sungguhpun lirik video lagunya itu kini ditonton lebih dua juta tontonan di YouTube.

Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan cara pemakaian pasti akan menjadi perhatian ramai. Jika ada serba tak kena dimata netizen, pasti akan dikritik.

Baru-baru ini, Nabila Razali ada memuat naik gambarnya memakai busana rona biru. Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan panampilannya yang bertudung singkat.

Peminatnya turut menegur pamakain tudung Nabila yang semakin senteng serta meminta untuk melabuhkannya. Kata peminat lagi, Nabila lebih cantik jika melabuhkan tudung dipakainya.

Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.

 

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pakai tudung singkat, Nabila Razali menyes4l ‘ganggu’ iman netizen. Sekali kena ‘sound’ dgn Jaafar Onn"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*