Miera Liyana ser0nok jadi ibu, dilay4n macam ‘princess’… upah jururawat peribadi sepanjang tempoh berp4ntang

SELEPAS sebulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Miera Liyana memberitahu, dia belum bersedia untuk mend3dahkan wajah dan jantina anak sulungnya demi menghorm4ti permintaan suami Rosland Othman, 47.

Menurut Miera atau nama sebenarnya, Miera Liyana Datuk Seri Kasmi, 28, berkata, dia juga berehat daripada laman sosial buat seketika bagi memberi tumpuan kepada bayinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Miera Leyana tak kisah hidup bermadu – “Kalau betul pun, bukan saya buat salah”

“Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak.

“Media sosial pun saya jarang-jarang buka sangat, bukan tidak aktif… cumanya sekarang saya lebih banyak belajar benda-benda baharu seperti breast feeding dan cara penjagaan bayi sebab ini anak pertama saya.

Suami banyak membantu Miera uruskan anak.

“Bukan tak nak berkongsi, cuma kami tunggu masa yang sesuai… saya pun masih baru sebulan berp4ntang, mungkin lepas habis p4ntang nanti, InsyaAllah saya akan berkongsikan kepada semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya ini selamat bersalin cahaya mata pertamanya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 16 Mei lalu.

Berceritakan cerita mengenai penjagaan anak, Miera berkata, dia bersyukur dikurniakan suami yang raj1n membantu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak. MIERA LIYANA PELAKON

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan layan saya macam princess.

“Selain suami, mak saya dan jururawat peribadi yang saya upah sepanjang tempoh berp4ntang pun sangat membantu.

Ibu Miera (tengah) turut banyak membantu sepanjang tempoh dia menjalani p4ntang.

“Saya cuma perlu fokus untuk breast feeding dan berjaga malam untuk anak sahaja,” katanya.

Tambah Miera, di awal dua minggu kelahiran anaknya, dia berasa sangat k3kok dalam menguruskan dan memandikan bayinya itu.

“Kalau nak tahu saya ini manja orangnya, walaupun saya anak kedua tapi manja saya lebih lagi daripada adik bongsu.

“Sebab itu famili macam tak percaya saya dah jadi mak… masa awal-awal nak mandikan anak pun, suami, mak dan jururawat memang pantau betul-betul apa saya buat.

“Masa dua minggu pertama tu, memang mengigil jugalah saya nak mandikan dia,” ujarnya.

Miera mend1rikan rumah tangga dengan usahawan Rosland Othman pada 27 Julai tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :https://www.mstar.com.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Miera Liyana ser0nok jadi ibu, dilay4n macam ‘princess’… upah jururawat peribadi sepanjang tempoh berp4ntang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*