Menjer1t Lihat Barang Peribadi Musn4h, Mawar Rashid Kembali ‘Tenang’ Selepas Bert1ndak Tidak Keru4n

Berdepan dengan anak-anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar jadinya apabila teguran mereka seperti tidak diendahkan, hanya mimikan muka sedih sahaja dilemparkan oleh wajah comel si cilik setelah selesai membuat onar dek perilaku nakal.

Bagi para ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil pastinya agak mencabar untuk menanggani mereka lebih-lebih lagi apabila  tergolong dalam golongan kanak-kanak agresif.

Hal yang demikian kerana ketika itu mereka berada si satu fasa yang mana perasaan membuak-buak ingin tahu dan mencuba banyak benda yang ada di sekitar mereka.

Bahkan mereka mempunyai perasaan ingin tahu tentang semua yang berlaku di sekeliling persekitaran, apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan bau seakan-akan seperti misteri yang menanti untuk disingkap, perasaan itu adalah keinginan semulajadi untuk belajar, menjelajah serta ingin membuat penemuan dan memahami banyak perkara.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa, anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti m4rah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi miminta yang tiada.

Malah, lebih membuatkan si ibu ‘naik d4rah’ apabila merasai barang peribadi dirosakkan atau dimusnahkan tanpa sengaja.

Mendalami situasi berkenaan, pelakon manis ini juga tidak terkecuali mendepani ‘dugaan’ tersebut apabila anak kecilnya bertindak merosakkan peralatan solek miliknya tanpa pengetahuan ketika berada di dalam kereta.

Memuat naik beberapa hantaran di laman TikTok, Mawar Rashid berkongsi telatah anak lelakinya, yang tanpa sengaja mer0sakkan alat solek kesayangannya itu.

@mawarashid

Omg!!!

♬ original sound – mawarashid>

Detik-detik kejadian telah dikongsikan oleh Mawar Rashid di laman TikTok sekaligus mempamerkan reaksi anaknya Rafael yang tersipu-sipu malu meliht si ibu menjerit tak keruan apabila melihat barangan alat solek kesayangannya musnah di tangan anak yang tidak mengerti akan situasi bersalah.

Meskipun, perasaan kecewa itu mungkin dirasai namun hati ibu sememangnya tenang dan kuat bersabar kerana mengetahui tindakan itu hanyalah sifat semulajadi anak kecil yang ingin bermain.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan bahawa mereka turut memahami situasi para wanita di luar sana yang sering berhadapan dengn insiden berkenaan apabila barang-barang peribadi dijadikan alat mainan anak-anak kecil.

“Halah..halahh comel je Rafael nak main make up make up ke dengan mommy…takpelaa sabar je la Mawar, lain kali boleh try sebut perkataan macam stop ke or no ke so that dia tahu yang dia main tu barang yang bah4ya atau salah…biasalatu dalam fasa nk letak semua benda dalam mulut and nk cuba perkara baru… hahaha goodluck mommy😆 😅”

Dalam perkongsian lain, Mawar sempat merakam reaksi adiknya yang merupakan pemilik kereta berkenaan kerana mengetahui  debu-debu warna warni yang memenuhi ruangan depan kereta telah menjadi ‘hasil seni’ dek tangan si kecil itu.

@mawarashid

Gfan punya kete jadi mangsa hahahaha

♬ original sound – mawarashid

Mawar bagaimanapun tampak lebih tenang meskipun pada awalnya dia membuahkan reaksi terkejut dan sempat menjerit namun setelah menyedari hal yang demikian, dia segera menghentikan ‘permainan’ anaknya itu.

“Tak tau nak gelak ke nak m4rah”

Walau bagaimanapun, hal yang demikian bukanlah perilaku yang disengajakan, anaknya itu hanya mahu bermain dan cuba meneroka perkara baharu, malah menyokong kebolehan semula jadi kanak-kanak untuk bersikap ingin tahu akan membantunya menjadi pelajar sepanjang hayat.

Anak kecil berpeluang untuk mengembangkan kreativitinya dan belajar menyelesaikan masalah secara natural, namun ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi gerak-geri si kecil agar tiada sebarang kecel4kaan lain yang berlaku, apa yang lebih baik adalah cuba berkomunikasi untuk memberitahu perkara yang boleh dan tidak boleh agar mereka lebih memahami akan situasi tertentu.

Sumber: HotFM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.motifviral.dnqj.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Menjer1t Lihat Barang Peribadi Musn4h, Mawar Rashid Kembali ‘Tenang’ Selepas Bert1ndak Tidak Keru4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*