Makin Anggun Jelita, TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!

 

Merafak Semb4h Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akh1r4t. Daulat Tuanku!

Tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin. Menerusi perkongsian gambar di Selangor Royal Office, sememangnya ramai rakyat terp3gun dengan keanggunan dan kejelitaan milik baginda.

Berita perkahwinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sh4rafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat mesk1pun sudah hampir lima tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sh4rafuddin.

Dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembvtan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga

merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sh4rafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Lima tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencvri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin

sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.

1 April lalu, bersempena sambvtan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menc3mar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.

Ini adalah kemuncvlan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.

Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.

Menerusi gambar-gambar Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan baginda gemar mengenakan aksesori rantai dan subang mutiara. Malah, baginda juga cukup elegan menyarung busana tradisi seperti kurung dan kebaya.

Kredit : Facebook Selangor Royal Office

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.nona.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Makin Anggun Jelita, TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*