Kurvng Anak Bini Seb4b Tert3kan Tiada Kerja Semasa PKP

Sepasukan anggota bomba memotong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang terkurung di dalam rumah oleh suaminya yang dipercayai mengalami tek4nan perasaan.

Peg4wai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian.

Anggota bomba mengumpil pintu rumah seorang lelaki yang dikunci dari dalam selepas lelaki itu dipercayai mengalami tekanan akibat tidak bekerja dalam tempoh PKP dalam kejadian di Taman Nusa Intan, Seremban, malam semalam.- Foto IHSAN BOMBA

“Pihak bomba mendapat lap0ran seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam setelah tertek4n kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini.

Tambahnya, pihak bomba juga dimaklumkan, wanita itu ada meng4du kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tek4nan lebih teruk dan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau dekat sini untuk memujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi.

“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak p0lis,” katanya.

Sumber: K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://bm.cari.com.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kurvng Anak Bini Seb4b Tert3kan Tiada Kerja Semasa PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*