Hati-Hati, ‘Besi B0doh’ Yang Dic4t Menyerupai Rantai Emas

Kuala Lumpur: “Ini bukan emas tulen 916 tetapi ‘besi b0doh’ yang dicat menyerupai rantai emas p4du,” ujar mangsa penipuan emas palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 38.

Dia antara mangsa penipuan emas palsu membabitkan logam tungsten selepas terp3ngaruh dengan taktik ejen pelaburan emas tidak wujud.

Katanya, dia mula terj3bak selepas dipelawa rakan dikenali di Facebook untuk menyertai pelaburan emas did4kwa boleh memberikan pulangan keuntungan sehingga 20 peratus sebulan sekitar Ogos tahun lalu.

Foto: Harian Metro

“Lelaki memperkenalkan d1ri sebagai Hisyam, 40-an itu mendakwa berpengalaman lebih 10 tahun sebagai remisier menguruskan syarikat broker dan pelabur saham.

“Saya mula tertarik apabila dia kerap berkongsi gambar kejayaannya membantu ramai Bumiputera menjana pendapatan melalui pelbagai taktik pelaburan termasuk for3x. Malah gambar kereta mewah dan hartanah dimilikinya menyebabkan saya percaya dengan aktiviti pelaburan s4ham dan ekuiti dilakukan.

“Secara ‘halus’, saya dipelawa menyertai pelaburan emas luar negara menggunakan mata wang d0lar Amerika (AS$). Terdapat empat pakej ditawarkan iaitu pelaburan terendah membabitkan AS$100 (RM420) hingga AS$10,000 (RM42,000) dengan pulangan 10 peratus hingga 20 peratus,” katanya ketika ditemui semalam.

Malah bagi meyakinkannya, lelaki terbabit kerap mengajaknya berjumpa di restoran Timur Tengah sekitar Jalan Ampang di sini, untuk menerangkan kaedah transaksi dan dagangan saham emas dilakukan.

“Saya yang ‘termakan pujukan’ bersetuju untuk memulakan pelaburan membabitkan jumlah AS$2,000 (RM8,400) dengan menyerahkan wang tunai selain diminta menandatangani dokumen.

“Bagi meyakinkan saya, lelaki itu menyerahkan kotak berisi rantai emas 916 yang didakwa seberat lebih 54 gram bernilai lebih RM6,000. Dia mend4kwa saya tidak perlu gusar soal ris1ko pelaburan berikutan emas fizikal itu diberikan sebagai ‘cagaran’ dan hadiah persahabatan kami,” katanya.

Namun dia mula sangsi apabila keuntungan 20 peratus sebulan iaitu sekitar RM1,680 gagal diterima memasuki bulan ketiga pelaburan.

Foto: Harian Metro

“Lelaki itu terus gagal dihubungi dan lesap begitu sahaja. Malah pautan portal pelaburan emas berkenaan turut ditutup.

“Curiga dengan apa yang berlaku, saya kemudian membawa emas diberikan itu ke sebuah pusat gadaian Ar-Rahnu untuk melakukan pemeriksaan. Saya terkejut apabila dimaklumkan ia hanyalah logam tungsten disadur emas,” katanya yang membuat lap0ran pol1s berhubung penipuan itu.

Harian Metro sebelum ini turut pernah mend3dahkan k3s penipuan emas membabitkan seorang ahli perniagaan wanita yang diperdaya selepas bersetuju untuk berkahwin dengan seorang lelaki.

Mangsa berusia 50-an diberikan barang kemas bernilai hampir RM1 juta sebagai hantaran perkahwinan sebelum mangsa mengesyaki ditipu selepas curiga dengan sikap suaminya bergelar Datuk.

Mangsa yang menghantar barang kemas itu untuk diperiksa sebuah makmal swasta di Wangsa Maju menggunakan peralatan XRF (X-Ray Fluorescence) sebelum mendapati logam berkenaan adalah tembaga dan perak.

Mangsa kemudian membuat lap0ran pol1s di ibu pejabat Pol1s Daerah Ampang selain mengambil tind4kan mahk4mah selepas kec3wa ditipu.

Kedai pajak gadai sering jadi mangsa

Kuala Lumpur: Pemilik kedai pajak gadai dikenal pasti sebagai golongan yang kerap menjadi mangsa penipuan pembelian emas palsu yang kononnya mahu dipajak kepada mereka.

Pengarah Jabatan Si4satan Jen4yah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lalu, terdapat empat k3s direkodkan berkaitan k3s seumpama itu dengan jumlah kerugian sebanyak RM229,300.

“Modus operandi suspek dalam k3s ini adalah menggadaikan barang kemas yang didakwa tulen kepada mangsa (kedai pajak gadai) bagi mendapatkan wang daripada gadaian emas berkenaan.

“Bagi mengelak dikesan, svspek memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang ketika menggadaikan barang kemas palsu itu.

“Mangsa hanya menyedari dit1pu selepas pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati barang kemas yang digadaikan itu tidak tulen seperti did4kwa,” katanya.

Mohd Kamaruddin berkata, selain k3s tipu terhadap pemilik pajak gadai, pihaknya turut mengesan sindiket penipuan yang menyamar sebagai penjual barangan pajak gadai.

“Meskipun tiada lap0ran diterima bagi k3s sebegini pada tahun lalu, kami menerima 18 laporan berkaitan penipuan penjualan barangan pajak gadai bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lalu membabitkan kerugian RM 88,597.

“Berdasarkan 18 lap0ran itu, kami mendapati sindiket penipuan ini beroperasi melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan mengiklankan barang kemas did4kwa dipajakkan kepada mereka, namun gagal ditebus oleh pemiliknya.

“Svspek turut menawarkan harga murah kepada mangsa sebelum diminta memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan yang kebiasaannya adalah akaun keldai. Namun, selepas pembayaran dibuat, barang kemas dijanjikan tidak diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran jualan barang kemas yang lebih murah daripada harga pasaran semasa terutama apabila ia dibuat pihak tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Katanya, orang ramai perlu sentiasa membuat semakan ketulenan transaksi dan memastikan urusan jual beli dijalankan melalui perjanjian dan kaedah diperakui supaya tidak menjadi mangsa.

“Buat semakan pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi mengenal pasti sama ada akaun itu pernah terbabit dalam k3s penipuan sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-26101559 jika mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan,” katanya.

Awas tawaran emas murah ketika PKP

Putrajaya: Waspada jika ditawarkan emas murah Ch1na, emas lelongan pajak gadai atau jualan emas dalam talian (online scam) ketika ‘musim’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Ia berikutan anda mungkin sebaliknya diberikan emas klon atau emas celup diperbuat daripada logam saduran emas dihasilkan sindiket penipuan licik.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, semakan dilakukan mendapati terdapat 24 aduan diterima pihaknya berkaitan penipuan emas dengan kebanyakan pengadu tidak mengemukakan jumlah kerugian sebenar dialami sehingga 25 Mei lalu.

Menurutnya, pelbagai logam berharga terutama emas menjadi sasaran sindiket penipuan.

“Namun boleh dikatakan rata-rata pengguna di Malaysia lebih gemar membeli emas berbanding logam berharga lain berdasarkan situasi semasa selain kejatuhan harga emas di pasaran.

“Minat mendalam terhadap logam emas sama ada untuk koleksi simpanan atau melabur diambil kesempatan sindiket penipuan menjadikan emas sebagai umpan penipuan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat KPDNHEP, di sini.

Susulan itu KPDNHEP kini dilengkapi dua set alat pengujian ketulenan logam berharga termasuk emas dikenali sebagai radas sinaran sinar-X atau X-Ray Fluorescence (XRF) sejak hujung tahun lalu.

“Alat XRF adalah suatu pengujian ketul3nan logam berharga yang mampu membuat bacaan kandungan dan komposisi ke atas lebih 100 jenis unsur logam seperti emas, perak, gangsa dan lain-lain menggunakan kaedah pengujian tanpa mvsnah.

“Bagaimanapun, alat XRF yang dimiliki kementerian ini boleh digunakan untuk tujuan prapengujian sahaja dan ujian ketulenan logam berharga paling tepat setakat ini adalah melalui kaedah pengujian secara musnah.

“Kaedah itu (pengujian secara musnah) dijalankan di Makmal Uji Ketulenan Emas, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (GSM),” katanya.

Azman berkata, alat XRF sekali gus dapat membantu KPDNHEP mengenal pasti ketulenan logam emas milik pengadu yang mengesyaki ditipu.

“Malah pihaknya turut melaksanakan beberapa s1ri pemeriksaan ketulenaan logam berharga dengan menggunakan alat XRF di kedai emas sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

“Pemeriksaan yang dijalankan tertumpu terhadap premis menjual emas dengan memeriksa barang kemas seperti gelang, cincin, loket, rantai dan subang,” katanya.

“Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap barang kemas did4kwa diperbuat daripada emas 916 (22 karat) yang dipilih secara rawak itu mendapati kandungan emas ditunjukkan alat XRF adalah melebihi 91.6 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa emas 916 yang dijual kedai emas berkenaan adalah tul3n dan tiada penyelewengan dikesan dalam pemeriksaan itu,” katanya.

Bagaimanapun beliau memaklumkan kebanyakan kes penipuan jual beli emas berlaku membabitkan urusan jual beli dalam talian tanpa dokumen atau resit pembelian, ditawarkan individu baru dikenali atau terjeb4k dengan pelaburan emas tidak wujud.

“Mengikut undang-undang, penjual emas perlu mengeluarkan satu resit iaitu dengan jelas menyatakan berapa harga emas itu, berapa gram beratnya dan upah yang dikenakan.

“Pengguna perlu bijak memilih untuk membeli emas dan tidak terlalu tertarik dengan harga rendah yang ditawarkan,” katanya.

Katanya, pihak KPDNHEP menerusi S3ksyen Konsumerisme dan Kawalan Industri (SKKI) bertanggungjawab dalam pengendalian standard emas serta alat timbang sukat yang digunakan.

“Terdapat pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Perlindungan Sinaran di bawah Agensi Perlesenan Tenaga Atom Malaysia untuk mengendalikan alat radas sinaran dalam menentukan ketulenan emas.

“Alat itu digunakan oleh KPDNHEP dalam pemeriksaan dan pengesahan awal mengenai ketulenan emas dan logam berharga untuk memastikan pembeli tidak tertipu serta dit1ndas dengan standard palsu atau tidak tepat.

“Ini juga boleh melindungi pengguna daripada penipuan membabitkan timbangan apa-apa logam berharga termasuk emas,” katanya.

Periksa ketulenan logam di NMIM

Kuala Lumpur: Orang ramai yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan emas atau meragui emas dibeli boleh melakukan pemeriksaan ketulenan logam dimiliki di Institut Metrologi Kebangsaan (NMIM) S1rim Berhad.

Difahamkan kebanyakan alat pengujian logam berharga di pasaran tidak dapat mengesan kehadiran bendasing dalam emas, sekali gus mend3dahkan pengguna kepada penipuan terancang.

Lebih membvrukkan keadaan apabila alat densimeter digunakan kebanyakan kedai emas mempunyai kelemahan dari segi ketepatan berbanding instrumen X-Ray Fluorescence (XRF) dan Hydrostatic weighing system (HWS) dimiliki NMIM.

Jurucakap NMIM S1rim Berhad memaklumkan, emas palsu kerap dihasilkan dengan cara menyadurkan logam tungsten dengan lapisan nipis emas tvlen.

Di samping itu, menurutnya, penipuan ini sukar dikesan mata kasar atau alat pengukur ketulenan emas berikutan ketumpatan logam tungsten hampir sama dengan emas 24 karat.

“Penipuan ini hanya boleh dibongkar jika permukaan emas itu dikikis atau emas itu dipotong. Malangnya, tindakan ini pastinya tidak dipersetujui pemilik emas berkenaan,” katanya.

Menurutnya, alat X-Ray Fluorescence (XRF) mampu membongkar pen1puan pada semua jenis barang kemas termasuk kepingan serta jongkong emas yang diperbuat dari logam tungsten atau wolfram.

NMIM mula memberi Sijil MyRM sejak Mac 2017 bagi alat tentukuran densimeter, tentukuran XRF, pengukuran ketumpatan emas dan pengukuran ketvlenan emas sekaligus mampu mengesan pen1puan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hati-Hati, ‘Besi B0doh’ Yang Dic4t Menyerupai Rantai Emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*