Bunga Citra Lestari terk3na jangk1tan C0vid-19 daripada penari, bukan seb3b bercuti di Bali! Ini kronologinya

SUSULAN dakwa4n mengatakan Bunga Citra Lestari dijangk1ti wab4k C0vid-19 selepas pulang dari percutian di Bali, penyanyi Indonesia tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar.

Jelas Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa sebagai BCL, dia sudah meneruskan aktiviti hariannya selepas pulang dari pusat percutian itu pada 2 Jun lalu memandangkan keputusan ujian calitan pertamanya negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari pos1tif C0vid-19 selepas pulang bercuti dari Bali

Bagaimanapun nasib BCL tidak baik apabila dia disahkan posit1f C0vid-19 selepas menjadi kontak rapat beberapa penarinya yang bertemu dengannya pada 10 Jun lalu.

BCL muat naik kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Saya pergi ke Bali dari 29 Mei hingga 2 Jun lalu. Saya sudah melakukan aktiviti dan mula bekerja di Jakarta dengan menjalankan proses yang ada dan melakukan ujian calitan pada 12 Jun lalu dan keputusannya negatif.

“Beberapa orang penari saya disahkan pos1tif pada 13 Jun selepas bertemu dengan saya pada 10 Jun lalu. Saya lakukan ujian calitan lagi pada 14 Jun dan disahkan posit1f, ” kata Bunga Citra Lestari.

Isteri kepada Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair itu menjelaskan perkara sebenar selepas menerima pelbagai kecaman menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu.

Pada Selasa, penyanyi lagu Cinta Sejati memaklumkan d1rinya sedang menjalani kuarantin kend1ri selepas disahkan posit1f Cov1d-19 dan berh4rap akan sembuh tidak lama lagi.

BCL disahkan positif Cov1d-19 pada Isnin.

Bunga sebelum ini dilihat baru sahaja pulang bercuti bersama anaknya Noah Sinclair dari Bali, Indonesia dan netizen mula membuat spekulasi penyanyi itu mendapat jangkitan virus itu di sana.

Dalam pada itu, BCL menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai d1rinya dijangk1ti Cov1d-19 selepas pulang daripada percutian dan meminta semua pihak mendapatkan info tepat sebelum menyebarkan berita tidak sahih.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti Covid selepas bercuti di Bali. Mohon dapatkan penjelasan info terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan, ” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.mstar.com.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bunga Citra Lestari terk3na jangk1tan C0vid-19 daripada penari, bukan seb3b bercuti di Bali! Ini kronologinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*