TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu Dengan 21 Kes Discaj Sabtu Lepas

TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu Dengan 21 Kes Discaj Sabtu Lepas

Sebanyak enam (6) kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,391 kes setakat Sabtu (5 September 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah menurun kepada 150 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada enam (6) kes baharu dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) lagi bukan merupakan warganegara.

Manakala, baki dua (2) kes merupakan penularan tempatan juga melibatkan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat ima (5) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga (3) kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pes4kit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 21 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pes4kit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 9,113 atau 97 peratus daripada jumlah kes.

Tiada pertambahan kes kem4tian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana jumlah kumulatif kes kem4tian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Twitter @DGHisham

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu Dengan 21 Kes Discaj Sabtu Lepas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*