C0vld-19: 62 kes baru 7 September, tertinggi sejak PKPP dilaksanakan – KP Kesihatan

Covid-19: 62 kes baru 7 September, tertinggi sejak PKPP dilaksanakan – KP Kesihatan

Jumlah kes baru Covid-19 kembali dua angka apabila 62 kes dilaporkan hari ini membabitkan 56 kes tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah kumulatif kes baru sebanyak 9,459 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes tempatan ia membabitkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara.

Manakala bagi kes import pula, sebanyak dua kes membabitkan warganegara dan empat kes bukan warganegara.

Status terkini COVID-19 setakat 7 September 2020Jumlah discaj baru: 9 Jumlah kumulatif discaj: 9124 (96.5%)Jumlah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, September 7, 2020

 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat sembilan kes pulih dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 9,124 kes atau 96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut memaklumkan tiada pertambahan kes kem4tian disebabkan Covid-19 dan jumlahnya kekal 128 kes.

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER BENTENG LD, SABAHPada 7 September 2020, sebanyak 50 kes dikesan positif COVID-19 dari…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, September 7, 2020

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER SUNGAIKKM ingin memaklumkan bahawa satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti di sebuah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, September 7, 2020

 

Memetik laporan Bernama TV, kes positif yang dicatatkan hari ini adalah tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada Jun lalu.

COVID-19: 62 kes baharu hari ini (7 Sept), tertinggi sejak PKPP dilaksanakan pada Jun – KP Kesihatan

Posted by Bernama TV on Monday, September 7, 2020

 

Sumber : Noor Hisham Abdullah , Bernama TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "C0vld-19: 62 kes baru 7 September, tertinggi sejak PKPP dilaksanakan – KP Kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*