“Kehil4ngan 0rang P4ling Aku Sayang..” Nenek Hafizh Syahrin Men1ngg4l Dunia

Pemergian arwah nenek tersayang, Arbaieah Mohammed mengundang kesedihan mendalam buat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin.

Menerusi laman Instagram, Hafizh berkata arwah yang merupakan insan paling disayangi itu menghembvskan nafas terakhir sekitar jam 8.22 pagi tadi.

Menurut pelumba berusia 26 tahun itu, dia menyifatkan Allahyarham kuat ketika membesarkan dan memberi kasih sayang kepadanya selain menjaga 15 cucu dalam masa yang sama.

“Hanya kenangan je sekarang nenek tinggalkan untuk Apis. Terima kasih nenek membesarkan Apis dan menjaga 15 cucu dalam masa yang sama nenek memang sangat kuat.

“Terima kasih nenek tunggu Apis balik, sangat berat nak terima benda ni tapi Apis reda dengan kentetuanNya. Allah lebih sayangkan nenek.

“Nenek rehat la cukup2 di alam sana ye. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin,” kongsinya.

Bagaimanapun, pelumba berasal dari Selangor itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai punca neneknya men1ngg4l dunia.

Rata-rata pengikutnya mengambil kesempatan mengucapkan takziah serta mendoakan agar r0h Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber : Hafizh Syahrin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kehil4ngan 0rang P4ling Aku Sayang..” Nenek Hafizh Syahrin Men1ngg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*