Hadi orang pertama tandatangan SD sokong saya jadi PM – Muhyiddin

Hadi orang pertama tandatangan SD sokong saya jadi PM – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan orang pertama yang menandatangani akuan berkanun (SD) menamakan beliau sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau menerima sokongan majoriti ahli Parlimen dan pimpinan parti-parti lain bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan.

Hadi Awang appointed Prime Minister's special envoy to Middle East | Astro Awani

“Saya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen daripada (banyak) parti antaranya Bersatu, Barisan Nasional, PAS, GPS, STAR, PBS dan MIC. Hampir 12 parti kalau tak silap.

“Antara yang paling awal menyokong saya ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Beliau orang pertama yang tandatangan SD. Terima kasih saya ucapkan,” kata Muhyiddin.

Presiden Parti Pribumit Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, tindakan Abdul Hadi itu disusuli rakan daripada parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang lain ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Februari lalu.

“Mereka dijemput oleh Al-Sultan Abdullah ke istana (Istana Negara) untuk tanda tangan SD dan saya nak bagi tahu SD pertama yang dibuat adalah daripada Haji (Abdul) Hadi send1ri.

“Orang lain belum buat (SD) dia dah buat dulu. Letak nama saya dalam kertas SD pertama,” katanya mendedahkan perkara itu ketika berucap pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dihad1rinya, hari ini.

Hadi orang pertama tandatangan SD sokong saya jadi PM - MuhyiddinMuhyiddin (dua dari k1ri) menghad1ri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN), di ibu negara. – Astro AWANI / Shahir Omar

Turut hadir pada konvensyen ini ialah Abdul Hadi yang mewakili PAS serta pimpinan gabungan PN.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu setelah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan itu juga susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Muhyiddin berkata, lantikan beliau sebagai Perdana Menteri berlaku dengan sokongan ahli Dewan Rakyat daripada 12 parti politik tanpa sebarang kompl0t.

Berdoa Agar Dipermudahkan Segala Urusan

“Saya send1ri pun tidak menjangka menjadi Perdana Menteri. Tetapi oleh kerana berlakunya krisis politik agak rumit ketika itu, rakan pimpinan parti yang membentuk kerajaan PN hari ini mencadangkan nama saya sebagai Perdana Menteri.

“Tak ada komplot. Tak ada skema politik luar biasa untuk ambil alih atau jatuhkan seseorang,” katanya.

Abdul Hadi Awang 🇲🇾 on Twitter: "Menjunjung kasih Tuanku. Tahniah YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Semoga Allah merahm4ti Malaysia.… "

Biarpun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk selepas itu tidak mempunyai manifesto kerana dibentuk ketika krisis politik, Muhyiddin menegaskan pihaknya tetap mementingkan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Kita tidak ada manifesto kerana dibentuk ketika berlakunya krisis politik yang agak rumit. Tetapi walaupun tiada sebarang aku janji, ia tidak bermakna saya boleh lakukan apa sahaja yang saya suka.

“Tiada manifesto bukan bermakna tiada accountability kepada rakyat kerana pada saya, accountability sebagai pemimpin sangat mustahak, apatah lagi sebagai orang Islam.

“Saya bertanggungjawab kepada rakyat. Menteri-Menteri yang saya lantik juga bertanggungjawab kepada rakyat. Jika kami gagal memikul amanah kepada rakyat dengan baik, kami akan dipersoalkan oleh rakyat,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, tempoh enam bulan pentadbiran kerajaan PN adalah terlalu singkat untuk membuat penilaian pencapaian yang lebih komprehensif.

“Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya. Ya, saya telah melakukan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab saya kepada rakyat.

“Tetapi bukanlah hak saya untuk mengatakan sama ada saya telah melakukan yang terbaik. Saya serahkan itu kepada rakyat,” tambahnya.

Sumber: Awani, Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hadi orang pertama tandatangan SD sokong saya jadi PM – Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*