11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa penularan wabak pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pelbagai sektor dan juga menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan.

Ahmad Rashidi Mohd Nazri sebelum ini bekerja sebagai seorang juruterbang pesawat komersial di sebuah syarikat penerbangan komersial terkemuka yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu (UAE) sebelum menyertai skim pemberhentian kakitangan susulan pandemik Covid-19.

Kini, beliau bekerja sebagai pemandu van jenazah dan tidak kekok memulakan kerjaya baharunya. Difahamkan, Rashidi bertemu dengan Mohd Zulha1ri Zainol yang menjadi sukarelawan pengurusan jenazah percuma Amalteam, lalu menawarkan d1ri untuk menjadi pemandu van jenazah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Menerusi temu bual Harian Metro, Rashidi memaklumkan bahawa sejak Julai lalu beliau kembali ke tanah air dan meneruskan kehidupannya sambil mencari peluang lagi untuk kembali menyarung seragam juruterbang yang sudah sebati dengan jiwanya.

Walaupun sudah tidak lagi bergelar juruterbang, namun dia puas dengan apa yang dilakukan kepada masyar4kat kini. Malah, beliau juga berh4rap keadaan akan kembali pulih dan dapat meneruskan kerjaya sebagai juruterbang di awan biru sekali lagi pada masa akan datang.

Ketika ini, ramai yang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19, semoga anda jadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk tidak putus asa dalam mencari rezeki.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*