C0vld-19: Kes turun naik, jumlah p0sitif kembali ke 1 digit, hanya 9 kes dilap0rkan

C0vld-19: Kes turun naik, jumlah p0sitif kembali ke 1 digit, hanya 9 kes dilap0rkan

Walaupun tiada sidang media harian mengenai perkembangan C0vld-19, namun pihak Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) tetap memuat naik laporan semasa berkenaan pendemik tersebut.

Menerusi laman sosial KKM, sebanyak 9 kes baharu dilaporkan dengan 5 kes melibatkan kes import dan 4 kes adalah dari penularan tempatan.

Setakat hari ini, 6 kes sembuh dilaporkan oleh pihak KKM dan 2 kes positif ditempatkan di ICU. Walaubagaimanapun, tiada pertambahan jumlah kem4tian dan kekal sebanyak 125 kem4tian sepanjang pendemik ini berlaku.

Apa yang melegakan, 4 kes tempatan tersebut tidak melibatkan warganegara tempatan dan hanya melibatkan warga asing.

Pada hari ini, sebanyak 71 kluster Covid-19 di Malaysia telah diisytihar tamat sejak pendemik ini melanda negara bermula awal bulan Mac tempoh hari.

Walaupun kes kembali ke 1 digit, boleh jadi pada bila-bila masa kes kembali semula menjadi dua angka andai masih terdapat pihak-pihak yang ingkar dengan melanggar SOP ditetapkan, lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam tempoh kuarantin.

Sumber: KKM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "C0vld-19: Kes turun naik, jumlah p0sitif kembali ke 1 digit, hanya 9 kes dilap0rkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*