Pilihan tepat nama yang dipilih Saharul Ridzwan buat puteri kesayangan

Sudah sebulan lebih aktor kacak, Saharul Ridzwan menimang cahaya mata kedua selepas isteri tercinta selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 13 Jun 2020.

Selepas 1 bulan 16 hari, akhirnya Saharul telah berkesempatan untuk berkongsi wajah terkini bayi perempuannya yang diberi nama  Fateema Azzahra di laman Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Saharul berh4rap agar puterinya itu membesar menjadi seorang umat Islam yang taat dan patuh dengan Maha Pencipta.

View this post on Instagram

Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy ❤️ . Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16hari ni berapa berat dah Fateema? 👧🏻 . Membesarlah wahai anakku Fateema Azzahra sebagai umat Islam yang sentiasa taat pada perintah Allah. Itu doa Baba utk anak2 Mummy dengan Baba. InShaaAllah. Titipkanlah doa yang baik2 utk puteri kesayangan kami ni ya. Terima kasih semua 🤲🏻

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Dia juga turut berh4rap agar orang ramai dapat menitipkan doa yang baik-baik buat anak perempuannya dan mendahulukan ucapan terima kasih diatas doa yang akan diberikan oleh warganet.

Sehubungan itu, Instagram pelakon tersebut terus dihujani dengan komen-komen positif daripada peminatnya yang begitu teruja melihat kecomelan puteri kesayangan Saharul.

Mereka juga mendoakan agar anak pasangan tersebut terus menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada orang tua.

 

Pasangan Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Amir telah melangsungkan perkahwinan pada 16 September 2016 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki sebelum ini yang diberi nama, Luth Ali berusia 3 tahun.

Sumber: Saharul Ridzwan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pilihan tepat nama yang dipilih Saharul Ridzwan buat puteri kesayangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*