Pakcik kaki patah gigih jual cendol & rojak demi rezeki walaupun pernah untung cuma RM3

Pakcik kaki patah gigih jual cendol & rojak demi rezeki walaupun pernah untung cuma RM3

Mencari rezeki yang halal merupakan satu tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap insan. Mencari rezeki ini bukan hanya untuk kepentingan d1ri, malahan demi menyara keluarga juga.

Namun, pastinya kita berasa tersentuh apabila melihat insan yang sudah berusia dan mempunyai kekangan kesihatan masih gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi. Hal tersebut pastinya satu jihad yang besar dalam d1ri insan tersebut kerana berlawan dengan kondisi d1ri.

Masih gigih cari rezeki halal

Perkara tersebut samalah seperti satu perkongsian yang tular di Twitter apabila seorang pengguna media sosial tersebut mempromosikan gerai cendol dan rojak seorang warga emas di Lembah Maju berdekatan Pandan Indah.

Pernah untung cuma RM3 sehari

Menurut Fatin Shabirah, dia mengajak orang ramai untuk menyokong perniagaan seorang warga emas berusia 67 tahun yang masih gigih berniaga demi menampung kehidupan. Lebih memilukan apabila dia tetap bekerja walaupun kakinya patah.

Dalam video yang diambil pengguna Twitter itu juga, pakcik tersebut mengakui pernah mendapat keuntungan cuma RM3 sahaja untuk sehari jualan disebabkan perniagaan kurang baik pada bulan ini.

Pakcik kaki patah gigih jual cendol & rojak demi rezeki walaupun pernah untung cuma RM3 1

Posted by Dummy Video on Monday, August 24, 2020

Ajak orang ramai support perniagaan

Sehubungan dengan itu, Fatin mengajak orang ramai yang berada berhampiran kawasan gerai cendol dan rojak warga emas terbabit agar sama-sama menyokong dan berkongsi rezeki dengan membeli makanan yang dijual.

Muat naik  yang dibuat itu telah pun mendapat  lebih daripada tujuh ribu perkongsian semula dan empat ribu tanda suka sejak semalam.

Rata-rata warganet telah mengambil peluang menyebarkan perkara tersebut demi membantu warga emas itu memperolehi rezeki bagi dia menampung kehidupan sekeluarga.

Sumber : Fatin Shabirah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pakcik kaki patah gigih jual cendol & rojak demi rezeki walaupun pernah untung cuma RM3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*