Takde Syarikat Juta Juta. Bermodalkan Watak LeIaki Lembut, Lakonan Que Haidar Beri Kesan Mendalam Pada Penonton

Takde Syarikat Juta Juta. Bermodalkan Watak LeIaki Lembut, Lakonan Que Haidar Beri Kesan Mendalam Pada Penonton

KUALA LUMPUR: Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, mencer4ikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat.

Bukan sekadar men1ngg4lkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu didakwa memberi nafkah tidak mencukupi.

Guru sekolah tadika di Puchong itu mendakwa, bekas suami mahu mengambil lima cahaya mata sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya, Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris mencer4ikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercer4i talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014.

“Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu send1ri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui BH Online.

Ibu kepada lima cahaya mata berusia 8 bulan hingga 12 tahun itu berkata, apa yang membuatkan d1rinya membulatkan tekad untuk berpisah dengan bekas suami kerana enggan kehilangan keluarga.

Tidak tahan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu.

“Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.

“Ibu tidak mahu saya terus menderita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.

“Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini,” dakwa Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.

Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup 4ibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia mengh4lau saya daripada rumah ketika tempoh PKP,” dakwanya.

Katanya, dia tak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami bertindak sedemikian.

“Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” dedah Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.

“Saya kenal isteri baharunya itu. Dia pernah datang menumpang tidur di rumah kami.

“Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami selama seminggu.

“Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena,” dakwanya.

Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP

sejak membuat pengakuan berkahwin.

“Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.

Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya,” dakwanya.

Nur Hidayu Rosly mendakwa bekas suami, Imam Muda Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga dia dan anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Foto Nur Hidayu Rosly

Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.

“Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.

“Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dakwanya.

Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu meng4ibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyar4kat tahu d1rinya tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercer4i. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib,” katanya.

Sementara itu, Syed Faris ketika dihubungi enggan mengulas lanjut atas alasan sedang bekerja.

Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan

Berikut reaksi dari netizan

“Allah akan gantikan dengan kehidupan yang lebih baik…. Lelaki, dia akan putar untuk menutup d0sa yang dilakukan. Jangan takut pd ugutan kerana kita ada jalan penyelesaian ikut undang-undang. In Shaa Allah, akan dimakbulkan doa isteri teraniaya dan semoga diberikan ketabahan dan dipermudahkan semua urusan.

“Sedih memanglah sedih. Tapi saya tidak rasa keputusan puan untuk berpisah dgn bekas suami tu silap. Allah memberikan kita akal, fikiran dan hati yang waras. Ujian Allah juga dlm pelbagai bentuk. Sayangilah d1ri send1ri puan. Saya percaya, jika bekas suami kasihkan keluarga. Dia tidak akan tergamak membuat onar ni puan. Bangkitlah demi anak2. Yakinlah Allah tidak akan menguji setiap hambaNya, melainkan mengikut kemampuannya. Pasti ada hikmahnya puan. Tiada daya dan upayaku melainkan dgn keiz1nan Allah.

“Ustaz akhir zaman…dh x kenal d0sa pahala..Allah sedih nasib isteri dan anak2 yang di abaikan…tp isteri baru juga harus di persalahkan krn kacau rumahtangga org dan ustaz juga bersalah krn curang di belakang isteri…bertabah lh isteri anak2 krn Allah ada bersamamu…

“s4kit gila hati aku baca, Semoga Allah swt berikan puan setinggi tingginya kesabaran untuk didik kelima lima anak, dan untuk ustaz pencetus kem4rahan ni, hidup hang xkn senang atas apa yg hg buat kat bini n anak hg ni tau..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Takde Syarikat Juta Juta. Bermodalkan Watak LeIaki Lembut, Lakonan Que Haidar Beri Kesan Mendalam Pada Penonton"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*