‘Kemungkinan Besar Ianya Adalah…’ – Dr Noor Hisham Mula Risau Dengan KIuster Sivagangga, Ini Sebabnya

‘Kemungkinan Besar Ianya Adalah…’ – Dr Noor Hisham Mula Risau Dengan KIuster Sivagangga, Ini Sebabnya

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang kIuster Sivagangga di Kedah berkemungkinan merupakan super spreader yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kIuster tersebut mer3bak dengan sangat cepat berbanding sembilan kIuster aktif yang lain.

” Yang kita lihat sekarang kIuster PUI Sivagangga, kIuster ini mer3bak dengan cepat dibandingkan sembilan kIuster di Sarawak dan sebagainya.

” Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kIuster iaitu Genom 614, iaitu kIuster super spreader.

” Super spreader ini telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir, dan juga Pakistan.

” Besar kemungkinan ini mungkin adalah satu kIuster super spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Astro AWANI pada 28 Julai lepas melaporkan dua kIuster baharu COVlD-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif, setakat ini.

Menjelaskannya, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks pertama bagi kIuster Sivagangga, India merupakan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).

Begitupun katanya, saringan COVlD-19 di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif dan individu itu telah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Namun individu itu tidak mematuhi syarat perintah itu dan kini di dalam tindakan pihak berkuasa.

Untuk rekod, kIuster Sivagangga dikesan akhir bulan lalu apabila pemilik restoran terbabit diuji positif COVlD-19.

Lelaki itu pulang dari India pada 13 Julai dan sepatutnya berada dalam kuarantin di rumah tetapi dilaporkan gagal mematuhi arahan berkenaan.

KKM melaporkan kIuster tersebut setakat ini mencatatkan 30 kes positif COVlD-19, termasuk kanak-kanak.

Menurut Noor Hisham, kementerian akan mengambil sampel COVlD-19 dari pes4kit yang terkait dengan kkuster tersebut, dan mengkaji urutan genomik virus berkenaan.

Semasa sidang media hari ini, Noor Hisham berkata kes indeks kIuster Sivagangga merupakan contoh bagaimana seseorang individu boleh menyebarkan virus berkenaan kepada ramai yang lain akibat gagal mematuhi garis panduan pihak berkuasa kesihatan.

Beliau menyamakan kIuster ini dengan apa yang terjadi di Victoria, Australia, apabila individu yang pulang dari luar negara menjangkiti sebilangan besar rakyat di negara itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Kemungkinan Besar Ianya Adalah…’ – Dr Noor Hisham Mula Risau Dengan KIuster Sivagangga, Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*