Bersara wajib, ramai terkejut ibu Syed Saddiq masih nampak muda walaupun sudah 60 tahun

Bersara wajib, ramai terkejut ibu Syed Saddiq masih nampak muda walaupun sudah 60 tahun

Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah asing dalam dunia politik semasa. Ahli parlimen Muar ini sering menjadi perhatian media, baik dari segi politik mahupun kehidupan sehariannya.

Tolak tepi sebentar mengenai pembabitannya dalam dunia politik ketika ini, muat naik terbaru beliau di Instagram bersama ibunda tersayang nyata menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi momen persaraan ibunya iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang diraikan penuh meriah oleh pihak sekolah tempat ibunya bertugas.

Lengkap berbusana seakan pengantin, ibu Syed Saddiq dilihat bahagia meraikan persaraan bersama suami dan anak tersayang dalam suasana cukup santai.

Berkhidmat 38 tahun

Menurut Syed Saddiq, ibunya telah pun bertugas selama 38 tahun sebagai guru bahasa Inggeris. Dalam pada masa yang sama turut berjuang melawan kanser walaupun d1rinya terlihat sihat dan sangat bertenaga.

Namun, siapa sangka ibu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan ini sudah pun berusia 60 tahun. Penampilannya yang sederhana dan berwajah penuh keibuan langsung tidak menunjukkan dia sudah memasuki usia warga emas.

View this post on Instagram

38 tahun Mama berkhidmat sebagai seorang cikgu. Sekarang mama sudah berumur 60tahun & officially seorang pesara. I cannot ask for better parents than mama & abuyah. They dedicate their blood, sweat & tears in making me a better person. I can only wish that i can match them as a responsible parent to my children in the future, inshaallah. Now both mama & abuyah are retirees. It is my turn to take care of both you ❤️

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Ingatkan 40 tahun

Perkara tersebut dinyatakan send1ri Syed Saddiq menerusi Instagramnya dan beliau turut mengakui sanggup berbuat apa sahaja demi ibu dan bapa tersayang.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, nyata rata-rata warganet terkejut dengan umur sebenar ibunya kerana terlihat awet muda seolah-olah berusia 40 tahun.

Masih cantik!

Mudanya mama!

Sumber: Syed Saddiq

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bersara wajib, ramai terkejut ibu Syed Saddiq masih nampak muda walaupun sudah 60 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*