Benda Dah Jadi, Nk Marah Peniaga Nasi Kandar Pun Tak Guna. Situasi Penduduk Kini Cetus Simpati Ramai

Benda Dah Jadi, Nk Marah Peniaga Nasi Kandar Pun Tak Guna. Situasi Penduduk Kini Cetus Simpati Ramai

Hanya disebabkan oleh seorang individu yang ingkar kuarantin di rumah, orang lain pula terkena kesannya.

Itu nasib yang dialami oleh penduduk di Kampung Natoi, Changlun yang kini menghadapi kesukaran untuk meneruskan aktiviti seharian seperti biasa.

Bukan sekadar berdepan risiko dijngkiti bahkan terpaksa pula patuh kepada arahan kuarantin yang menyukarkan pergerakan terutama bagi tujuan mencari rezeki.

” Kehidupan penduduk berubah sejak kluster Sivagangga menular di Napoh hinggakan pergerakan penduduk terbatas selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran (Temco), 3 Ogos lalu.

” Kami hanya dibenarkan keluar pada jar4k satu kilometer ke Pekan Napoh menyebabkan penduduk sukar membeli barangan,” kata Zulkifli Md Isa, 58.

Penduduk Kampung Natoi itu berkata, mereka akur dengan arahan kerajaan melakukan kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas melakukan ujian calitan Covid-19.

” Penduduk memakai gelang merah jambu, jadi sudah tentu sukar buat kami berurusan di kawasan lain walaupun hanya untuk keluarkan wang di bank.

” Kasihan pada ibu bapa yang mempunyai anak kecil kerana sukar membeli susu sedangkan Temco tamat pada 30 Ogos ini dan tempohnya masih panjang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Zulkifli berkata, sebanyak 70 keluarga ada di Kampung Natoi dengan keseluruhan penduduk seramai 350 orang dan kebanyakannya sudah melakukan persediaan awal membeli barangan.

Katanya, penduduk hanya mengh4rap bantuan dihantar pihak luar kepada mereka untuk meneruskan kehidupan harian kerana mereka tidak dapat keluar seperti biasa.

” Penduduk di sini kebanyakannya penoreh getah dan pesawah menyebabkan mereka tidak dapat keluar bekerja dan mengh4rap sumbangan harian terutama yang mempunyai keluarga ramai,” katanya.

Sementara itu, Muna Ishak, 43, berkata, sebelum ini dia hanya menonton televisyen berkaitan penduduk di negeri lain menjalani ujian saringan akibat COVlD-19.

Namun katanya, apabila ia berlaku di kampung send1ri, dia sedih dan kecewa kerana disebabkan hanya seorang individu ingkar kuarantin di rumah, orang lain pula terkena kesannya.

” Saya dan suami serta lima anak sudah melakukan ujian calitan dan memakai gelang merah jambu untuk kami kuarantin wajib di rumah 14 hari.

” Nak m4rah kat peniaga nasi kandar tu pun tak guna sebab benda nak jadi. Tak boleh buat apa, cuma berh4rap semua penduduk perlu buat saringan,” katanya.

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Benda Dah Jadi, Nk Marah Peniaga Nasi Kandar Pun Tak Guna. Situasi Penduduk Kini Cetus Simpati Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*