“Baru habis goreng, terus licin…” – Rezeki tak terjangka, cempedak goreng isteri Abam ‘laku keras’

“Baru habis goreng, terus licin…”

Selepas pemergian suami, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, kini makin cekal bangkit semula meneruskan kehidupan mencari rezeki buat keluarganya.

Menerusi laporan Gempak, Hidayah kini sedang bergiat aktif dalam perniagaan kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor.

Menurut Hidayah, dia meluahkan rasa syukur dengan sambvtan yang diperolehi daripada pelanggan yang tidak putus-putus membeli jualannya.

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambvtan sampai tak menang tangan untuk melayan…”

Sehinggakan hampir setiap hari, kesemua kuih yang digoreng sudah habis awal, dek kerana ramai yang sudah menunggu mahu membeli.

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya…”

Semoga perniaggan Hidayah terus maju, dapatlah dia menjalani kehidupan yang lebih bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Baru habis goreng, terus licin…” – Rezeki tak terjangka, cempedak goreng isteri Abam ‘laku keras’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*