Runner Grab Terduduk Tepi Jalan, Buntu Motor Kena Curi, Sumbangan Orang Ramai RM10K Tak Sampai 24 Jam

Bayangkan jika kita mempunyai masalah yang besar dan mencabar, ditambah pula dengan perkara yang lebih teruk, sudah pasti kita akan berasa terkilan dan hanya sabar menjadi peneman.

Begitulah yang dialami oleh Jal, yang bekerja sebagai penghantar makanan (Grab Food) dilanda musibah apabila sedang bekerja mencari rezeki yang halal.

Motor kena songl4p

Menerusi perkongsian oleh Peon JB di laman Facebook baru baru ini, dikatakan motor yang ditunggang Jal untuk menghanar makanan telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam perkongsian itu juga, Peon meminta agar sesiapa yang melihat kelibat individu yang menunggang atau memiliki motor milik Jai, boleh terus memberi maaklumat tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Peon JB, rupa rupanya Jai bukanlah orang yang sempurna seperti yang disangka, meskipun begitu, dia tetap mencari cara bagaimana mahu mendapat wang dengan kerja yang halal.

Runner pek4k dan bisu

Sumber berkata, dia dapat tahu bahawa Jai seorang yang berkelainan upaya, di mana Jai mempunyai masalah pada pendengaran dan tidak boleh mengeluarkan kata kata kerana bisu.

Motor itulah yang digunakannya untuk mencari rezeki setiap hari tanpa mempedulikan penat yang di hadapi.

Ramai rakan di Facebook beng4ng tentang apa yang berlaku sehingga ada yang berani mendoakan kepada pencuri sesuatu yang dahsyat.

Sedih, s4kit hati, semua perasaan ada

 

Meskipun begitu, ada juga warganet yang memberi cadangan untuk membantu Jai yang dalam menghadapi kesusahan itu dengan menderma dana untuk membeli motor yang baharu dan ada juga yang mahu meminjamkan motor kepada Jai.

Moga Allah jatuhkan musibah kepada pencuri

Rata rata rakan Facebook juga ada yang pelik, tak kurang juga yang m4rah kerana Jai merupakan insan OKU, jadi sudah tentu menjadi sedikit kekurangan untuk membuat kerja dengan baik seperti orang lain.

Selepas itu, ditambah pula dengan kes curi sebegini, makin bertambah kesusahan yang dialami oleh Jai. Ramai yang meluahkan rasa geram kepada si pelaku di ruangan komen itu.

Dalam pada itu, kebanyakan orang ramai berh4rap Jai dapat berdepan dengan musibah ini dengan hati yang tabah dan terbuka dalam menangani hal ini.

Jika ada sesiapa yang bermurah hati ingin menghulurkan bantuan dari apa apa segi sekalipun, boleh terus menghubungi nombor telefon Jai yang tertera di posting Peon JB di Facebook miliknya.

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Berjaya kumpul RM10,000 tidak sampai 24 jam

Ajabnya, tidak sampai 24 jam, mereka berjaya mengumpulkan sejumlah amaun yang besar untuk Faizal hasil sumbangan dan keprihatinan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Perkara itu dikongsikan sendiri pemilik laman Peon_JB menerusi satu muat naik di laman Facebooknya.

“Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan yang x putus2 untuk suadara jal drp kalian2 semua, ini adalah jumlah keseluruhan drp semalam sampai pagi ini.

“Admin akan serahkan sumbangan ini secepat mungkin kepada saudara jal, min nak ajak mereka2 yang kaki kecam #peonjb kot takut duit x sampai ke tangan brader jal sama2 kita serahkan sumbangan ini kepada nya

“Kami stop terima sumbangan daripada kalian semua, mana yang terlepas bank in tu kami akan serahkan sekali semua..

Namun setakat artikel ini ditulis amaun tersebut terus meningkat melebihi RM 10,000 .

Berita tersebut benar-benar menggembirakan orang ramai terutama mereka yang menyalurkan sumbangan memandangkan amaun tersebut sudah cukup untuk mendapatkan sebuah motorsikal sebagai ganti sekiranya motorsikal Faizal gagal di jumpai.

Pelbagai bangsa hulurkan bantuan

Malah menerusi screenshot penyata bank tersebut, turut terdapat beberapa nama penderma yang mana boleh dikatakan penyalurnya terdiri dari rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama.

Motorsikal dikhabarkan sudah dijumpai

Lebih menggembirakan apabila ada yang mendakwa motorsikal Faizal sudah pun dijumpai hasil bantuan orang ramai di Johor Bahru

Jika benar motorsikal tersebut sudah dijumpai, ini pasti menggembirakan Faizal. Dia bukan sahaja berjaya menjumpai motorsikalnya semula malah kini mendapat sumbangan wang ikhlas dari rakyat Malaysia yang baik hati.

Kejadian ini membuktikan rakyat Malaysia rata-ratanya prihatin, pemurah, malah baik hati .

Sumber : Peon JB

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Runner Grab Terduduk Tepi Jalan, Buntu Motor Kena Curi, Sumbangan Orang Ramai RM10K Tak Sampai 24 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*