Dr Noor Hisham Luah Kecewa Melihat Keadaan Di Mahkamah – “Sedih saya, tiada kawalan kendiri “

Dr Noor Hisham Luah Kecewa Melihat Keadaan Di Mahkamah – “Sedih saya, tiada kawalan kendiri “

PUTRAJAYA, 28 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjelaskan, kerap kali pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari KKM mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjar4kan selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kend1ri,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memberi maklum balas mengenai laporan BERNAMA di Twitter yang bertajuk ”Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baru”.

Terdapat banyak gambar tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi SOP termasuk penjar4kan sosial dan pemakaian pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah tersebut.

Sumber: KP KesihatanBERNAMA / siakap keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham Luah Kecewa Melihat Keadaan Di Mahkamah – “Sedih saya, tiada kawalan kendiri “"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*