Panduan Elak Bibir Gelap, Kering & Merekah Dan Petua Perawatan Semulajadi

Panduan Elak Bibir Gelap, Kering & Merekah Dan Petua Perawatan Semulajadi

Bibir yang merah, mungil dan bersinar pastinya menjadi idaman ramai kaum wanita. Keadaan kulit bibir yang tidak sihat atau kering juga boleh mengubah warna gincu, selain struktur bibir wanita. Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.

Faktor penyebab

Bersihkan kesan lipstik

Pilih lipblam yang ada spf

Buang sel kulit m4ti

Tak susah jaga bibir

Boleh juga mencuba perawatan semula jadi. Ini perkongsiannya. Bolehlah diamalkan ketika di rumah.

Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

BAHAN-BAHAN:

  • Satu sudu serbuk kunyit
  • Satu sudu susu
  • ½ sudu jus lemon
  • Satu sudu air mawar
  • Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.

CARA PENYEDIAAN:

Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

1. Serbuk kunyit

Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon

Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

3. Air mawar

Air mawar mempunyai c1ri-c1ri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu

Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua hari sekali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Sumber:hijabista.com.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Panduan Elak Bibir Gelap, Kering & Merekah Dan Petua Perawatan Semulajadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*