Masjid dah penuh, bekas MB Negeri Sembilan terpaksa solat Jumaat luar pagar

Semalam merupakan hari dimana kaum lelaki beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Pastinya dalam tempoh pendemik ini, jumlah pengunjung yang ingin menunaikan kewajiban solat Jumaat terpaksa dihadkan demi mengelakkan sebarang penularan.

Oleh itu, disesetengah masjid, mereka yang hadir lewat terpaksa solat di luar pagar kerana pihak pengurusan lebih mengutamakan mereka yang sudah tiba lebih awal disana.

Jadi, menerusi satu perkongsian di media sosial, gambar bekas menteri besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan solat diluar pintu pagar masjid kerana tidak dapat masuk ke dalam bagi menunaikan solat Jumaat telah tular.

Dalam muat naik tersebut, jelas kelihatan Tok Mat hanya duduk beralaskan sejadah yang dibawa dan dibentang di tar jalan betul-betul dihadapan pintu pagar masjid.

Walau bagaimanapun, seusai daripada menunaikan solat, Tok Mat sempat bergambar dengan pihak pengurusan masjid yang menyedari kehadiran bekas menteri besar itu.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan pelbagai komen diruangan Facebok sumber. Kebanyakkan daripada mereka memuji sikap yang ditunjukkan Tok Mat kepada masyar4kat kerana tetap merendah d1ri.

Sumber: Sahabat Tok Mat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Masjid dah penuh, bekas MB Negeri Sembilan terpaksa solat Jumaat luar pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*