Akibat Terlalu Terkejvt Nama Diumum Terima Tajaan Umrah, Pelakon Veteran Mak Wan Terus Pengsan

Pelakon Mak Wan pengsan akibat terlalu terkejut namanya diumumkan antara 25 individu layak menerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Menurutnya, dia tidak menyangka doanya untuk beribadat di rumah Allah itu akhirnya menjadi suatu kenyataan.

” Saya tak sangka doa mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah sekali lagi dimakbulkan Allah SWT.

” Sebelum ini, saya pernah menunaikan umrah pada 2015, tetapi ketika itu saya dalam keadaan kurang upaya selepas kem4l4ngan.

” Jadi, apabila diberikan peluang untuk menunaikan umrah sekali lagi, saya sangat bersyukur,” katanya dipetik BH Online.

Mak Wan menerima kejutan berkenaan sewaktu menghad1ri sebuah program bual bicara diadakan secara siaran langsung baru-baru ini dan dikendalikan pengacara Didie Alias.

Program tersebut menyaksikan beberapa artis jemputan dan individu kurang bernasib baik menerima sumbangan tajaan daripada penaja. Mak Wan adalah salah seorang daripada insan yang terpilih itu.

Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud ketika ditemubual uga berkata, dia tidak dapat menahan sebak kerana berasakan d1rinya terlalu kerdil untuk diberikan penghargaan bermakna seperti itu.

” Saya terharu, rasa seperti insan paling bertuah. Walaupun miskin dan tidak berkemampuan, dapat juga saya menjejakkan kaki ke rumah Allah atas tajaan insan berhati mulia,” katanya.

Tak mampu beli topeng muka, duit tinggal RM20 dalam kocek

” Duit dalam kocek hanya tinggal RM20. Nak beli topeng muka pun tidak mampu,” itu keluhan pelakon, Mak Wan dalam situasi getir menghimpit kehidupan artis veteran yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, Mak Wan yang lebih dikenali sebagai Mak Wan Latah bersyukur pengumuman Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyidin Yassin berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), hari ini.

” Saya tinggal di kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Jika ada penggambaran, boleh saya bayar duit sewa.

” Bagaimanapun, saya sudah empat bulan tiada tawaran kerja. Secara kebetulan, isu penularan virus COVID-19 berlaku, lagilah tiada langsung tawaran berlakon.

” Pengumuman Perdana Menteri memberi pengecualian pembayaran sewa rumah PPRT sehingga tempoh enam bulan ditanggung kerajaan melegakan saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku dan Kekasih Paksa Rela itu berkata, dia bersyukur mendapat pengecualian bayaran sewa rumah.

” Tenang hati. Jika tidak, pening kepala memikirkan nak bayar sewa rumah. Saya pula tinggal seorang d1ri.

” Anak sudah berkahwin dan tinggal berjauhan bersama keluarga mereka. Saya nak keluar rumah tiada topeng muka.

” Macam mana nak beli, duit dalam kocek hanya tinggal RM20,” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akibat Terlalu Terkejvt Nama Diumum Terima Tajaan Umrah, Pelakon Veteran Mak Wan Terus Pengsan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*